Pelakon Fasha Sandha sememangnya dikenali sebagai seorang yang sangat berdisiplin dan menepati masa setiap kali penggambaran dilakukan. Sikapnya itulah yang membuatkan dirinya bertahan lama dalam industri.
Bagaimanapun, semalam Fasha meluahkan rasa berangnya menerusi Instastory apabila pihak produksi tidak menepati masa penggambaran seperti yang telah ditetapkan. Lebih mengecewakan lagi, dia hanya diberitahu tentang pertukaran masa untuk penggambaran apabila sudah sampai ke set gara-gara kru produksi terlajak tidur. Keluar rumah pukul 5.15 pagi dan tidak sempat menunaikan solat subuh terlebih dahulu. Fasha juga sempat memerli kru produksi tersebut untuk tidak berangan menetapkan penggambaran awal pagi sekiranya mereka jenis yang sukar untuk bangun di awal pagi. "Haihhh semalam confident bagi calltime at 6 am. 5.50 am kita dah sampai, set sunyi sepi jeee. Lepas tu baru Assistant director sms cakap tukar calltime. "Sebab you dah terlambat, so tukar-tikar calltime suka hati pagi ni. Ni la antara punca-punca ku malas la nak shooting balik. "Lebih baik layan anak and suami kat rumah. Haihhh," tulisnya. Menerusi perkongsian yang sama, Fasha turut menyatakan sikap yang sedemikianlah menjadi punca dirinya merasa berat untuk kembali ke set penggambaran. Alahai, kasihan Fasha. Sudah berusaha untuk menepati masa namun ada pulak pihak lain yang sewenang-wenangnya mengambil kesempatan tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain. -CARI
|
YomiuriLandMae replied at 4-7-2019 07:39 PM
Iols x rasa yg dia x solat subuh.. mksd dia, maybe dia nak solat subuh dkt umah.. tp kalo dah kuar u ...
YomiuriLandMae replied at 4-7-2019 07:39 PM
Iols x rasa yg dia x solat subuh.. mksd dia, maybe dia nak solat subuh dkt umah.. tp kalo dah kuar u ...
YomiuriLandMae replied at 4-7-2019 07:39 PM
Iols x rasa yg dia x solat subuh.. mksd dia, maybe dia nak solat subuh dkt umah.. tp kalo dah kuar u ...
danieladam replied at 4-7-2019 08:35 PM
Yg iols paham fasha nak solat kat umah waktu suboh, tapi x dapat sbb kena pegi set. Mungkin terpaksa ...
ADVERTISEMENT