Gara-gara membela seekor anak babi hutan di kawasan taman perumahan, seorang penduduk Taman Nusantara di Gelang Patah mendapat aduan penduduk sekitar.
Akibatnya haiwan peliharaannya itu dirampas oleh pihak berkuasa, petik laporan Sinar Harian. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor merampas haiwan itu dan didapati ia jadikan haiwan kesayangan. “Hasil pemeriksaan mendapati anak babi tersebut telah dipelihara sejak lapan bulan yang lalu sebagai haiwan kesayangan,” kata pengarah Salman Saaban. Katanya lagi, haiwan tersebut dijadikan binatang kesayangan tidak sesuai kerana boleh menganggu keselesaan jiran, bahkan mengancam orang ramai.
Siasatan dibuat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 atas kesalahan menyimpan spesies hidupan liar tanpa lesen yang sah. Jika sabit bawah Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, boleh didenda tidak lebih RM50,000, dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.- CARI
|
Malaysia.Doom replied at 4-7-2019 06:11 PM
Babi hutan ni belang2 kannn.
Kurex replied at 4-7-2019 06:50 PM
Kesian bugis.doom kena kurung
Boomibulat replied at 4-7-2019 07:09 PM
Belang ms kecik je..dh besar ilang
ADVERTISEMENT