Minuman bubble tea kini semakin menjadi trend hangat di media sosial, rata-rata netizen kini dilihat terlalu obses dengan pelbagai jenama bubble tea. Memanglah minuman bubble tea ini enak dan menghilangkan dahaga tapi apa yang ramai terlepas pandang adalah kadar gula yang berbahaya dalam minuman itu sendiri.
Oleh itu, sebenarnya adakah ia selamat untuk diminum atau boleh memudaratkan kesihatan? Jom ikuti penjelasan dan perkongsian kesihatan dari Pakar Pemakanan, Ms Yen Ying dari Hospital Pantai Pulau Pinang. Berapakah kandungan gula dalam segelas minuman bubble tea? Untuk secawan minuman bubble tea 500ml tanpa campuran bahan-bahan tambahan lain, ia didapati mengandungi sekitar 30g - 40g gula. Ia adalah bersamaan kira-kira 6 hingga 8 sudu teh gula tebu setiap cawan, dan kandungan gula yang tinggi dalam segelas minuman ini cukup membimbangkan.
Kini jika dilihat, minuman bubble milk tea yang original makin berubah apabila ia diberikan pelbagai pilihan dan variasi. Bahan-bahan campuran bersama minuman seperti jeli, puding, dan ‘pearl’ (atau lebih dikenali sebagai - 'boba') juga biasanya dicampurkan sekali. Tambahan ‘topping’ inilah yang meningkatkan lagi kandungan gula dan juga kalori dalam minuman yang disediakan. Ramai yang keliru, adakah 'pearl' ini bahaya atau tidak sebenarnya? ‘Pearl’ atau sejenis sagu (boba) diperbuat daripada kanji dan bebola kecil ini tidak mempunyai sebarang nutrien lain. Cuma ia penuh dengan kandungan karbohidrat. Pelbagai jenis 'boba' boleh didapati di pasaran hari ini misalnya boba biasa dan boba bersalut gula perang. Mana-mana jenis minuman bubble tea ini sememangnya tinggi kandungan gula, di mana cawan minuman pula disalut dengan gula perang di dalamnya dan ini sekaligus meningkatkan kadar gula sehingga kira-kira 90g gula. Jangan terkejut ya, kerana setelah disukat tahap gula dalam kandungan bubble tea, jumlah gula adalah dua kali ganda daripada cadangan penggunaan gula oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (maksimum 5 hingga 10 sudu teh gula setiap hari) dan hampir tiga kali kandungan gula berbanding satu tin minuman Coca-Cola. Walaupun ini boba ini tidak menimbulkan sebarang risiko dari segi 'chemical', namun kita tidak harus mengabaikan aspek kadar gula yang disebutkan tadi. Ia kan sekadar teh, takkan tak sihat? Bubble tea juga sentiasa dianggap 'sihat' kerana ramai menganggap ia sekadar teh. Walau bagaimanapun, ia sudah lagi jadi tidak sihat apabila ditambah bahan-bahan diproses seperti boba, pewarna, sirap, perasa tiruan dan banyak lagi. Jadi apa solusinya? Bolehkah menjadikan minuman bubble tea ini kepada versi lebih sihat? Terdapat pelbagai cara untuk membuat bubble tea menjadi lebih sihat. Contohnya meminta susu rendah lemak sebagai alternatif untuk susu pekat atau krimer bukan tenusu, serta tidak memilih ‘topping’ tambahan seperti boba dan jeli. Selain itu, pilihlah buah-buahan segar dan bukannya sirap buah-buahan kerana ia dapat mengurangkan pengambilan gula, dan pada masa yang sama meningkatkan sistem imun anda dengan vitamin C. - CARI
|
manehnya replied at 4-7-2019 03:41 PM
aku cuma nk pearl tu je.. ada tak jual asing? huhu
lagi dok kata, lagi dok minum p cari dok ada
lee_sakura replied at 4-7-2019 04:03 PM
ade je org jual asing...hr tu iols ada tgk dlm fb group taman medan rasanya, ada org jual pearl sh ...
manehnya replied at 4-7-2019 04:22 PM
ready to eat ka, yg kena masak sendiri.. kt shoppe pun ada yg kering, tp kena masak sendiri, leceh ...
ADVERTISEMENT