CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuduh Pemimpin PKR Terlibat Rasuah Tanpa Bukti, PKR Pecat Haziq Aziz

4-7-2019 11:02 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 1917| Komen: 8|Original author: Oleh: Tukang Tulis


Haziq Abdullah Abdul Aziz. Kredit foto: MStar


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mencetuskan kontroversi ekoran skandal video panas membabitkan seorang lelaki mirip menteri Kabinet baru-baru ini dipecat dari parti.

Lembaga Disiplin PKR membuat keputusan itu kerana Haziq telah membuat tuduhan rasuah secara terbuka terhadap pemimpin parti tanpa bukti.

Seperti yang ditegaskan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kassim, perbuatan Haziq itu melanggar kod etika parti.

"Pemecatan tersebut dilakukan selepas tamat 14 hari yang diberikan kepada Haziq untuk memberikan surat tunjuk sebab," jelasnya.


Kenyataan ringkas Lembaga Disiplin PKR berhubung pemecatan Haziq itu dikongsi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Facebook miliknya pada 3 Julai.

Difahamkan, sebelum itu, kepemimpinan tertinggi PKR mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan parti di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor.

Anwar Ibrahim turut menghadiri sidang media Lembaga Disiplin PKR berhubung pemecatan Haziq. Kredit foto: Facebook

Baru-baru ini, Haziq membuat pengakuan bahawa dia merupakan salah seorang lelaki yang terlibat dalam rakaman video panas berkenaan serta menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Menteri Hal Ehwal Ekonomi merangkap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas dakwaan rasuah.

Sementara itu, memetik laporan Utusan Online, Anwar menyatakan, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengesahkan surat pemecatan Haziq.

Situasi tegang tercetus dalam PKR apabila Haziq meminta SPRM menyiasat Mohamed Azmin Ali atas tuduhan rasuah. Kredit foto: Facebook

Beliau turut menjelaskan bahawa perkara-perkara selain keputusan memecat Haziq daripada parti adalah terserah kepada pihak polis.

Nampaknya babak-babak dalam kisah penuh kontroversi ini semakin hangat dan sudah tentu ramai yang ingin tahu apa kesudahannya. - CARI

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 4-7-2019 12:12 PM
yg blakang tu dah kenapa solat tak turunkan seluar...
Quote EmaAsmadi 4-7-2019 01:19 PM
Game over ke?
Quote hussaini4675 4-7-2019 01:21 PM
EmaAsmadi: Game over ke?

Baru nak mula ni
Quote sadiq_segaraga 4-7-2019 01:24 PM
zulka replied at 4-7-2019 12:12 PM
yg blakang tu dah kenapa solat tak turunkan seluar...

Nak cepat sebab cameraman dah ready nak amik gambar
Quote zulka 4-7-2019 02:36 PM
sadiq_segaraga replied at 4-7-2019 01:24 PM
Nak cepat sebab cameraman dah ready nak amik gambar

pandai belakun nooo..
Quote sitilu 4-7-2019 02:40 PM
tu baju biru yg tersidai tu bukan baju biru yg kantoi ice cream dlm toilet ke???


Quote tobby 4-7-2019 02:57 PM
Tuduhan rasuah jer?  Tuduhan semburit x sebut langsung supaya org lupa kot??  Hehe
Quote Ina8895 9-7-2019 01:48 AM
Amende la pkr ni. Songsang macam perangai nuar al jub

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.486728 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top