Walaupun ramai murid dan pelajar sekolah di sekitar Pasir Gudang, Johor terjejas akibat keracunan gas yang dipercayai disebabkan oleh kebocoran bahan kimia, seorang pengamal perubatan mendakwa situasi itu hanyalah satu fenomena histeria massa. Felo Akademi Perubatan Malaysia, Datuk Dr. Looi Hoong Wah memberi pandangan itu melalui status yang disiarkan dalam laman Facebook miliknya pada 2 Julai lalu. Beliau menyatakan bahawa insiden 'keracunan gas beramai-ramai' yang dialami beberapa murid sekolah sejak 20 Jun lalu adalah satu fenomena biasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Katanya, mereka meniru kejadian sebenar yang berlaku pada Mac lalu bagi mewajarkan luahan perasaan berhubung isu sosial dan alam sekitar yang terpendam. "Dalam hal ini, tiada gas toksik dikesan dalam udara dan semua pengamal perubatan serta saintis dalam kebingungan," jelasnya. Dr. Hoong Wah menambah, kejadian terbaharu di Pasir Gudang itu berkemungkinan besar kes histeria massa memandangkan tiada invididu lain yang terlibat kecuali pelajar-pelajar perempuan. Beliau mendakwa, fenomena histeria dalam kalangan pelajar perempuan di Malaysia adalah sesuatu yang agak biasa dan boleh menyebabkan hiperventilasi, menangis, lemah, pitam, konvulsi dan pengsan. "Fenomena ini adalah lebih kerap berlaku dalam persekitaran yang agak mengekang dan atmosferanya bersifat menekan seperti yang sering dialami oleh pelajar-pelajar sekolah kita. "Ia tidak membahayakan nyawa kecuali apabila berlaku konvulsi yang boleh menyebabkan salur pernafasan tersumbat," katanya. Untuk rekod, Dr. Hoong Wah juga pernah mempersoalkan bantahan pihak-pihak tertentu terhadap operasi kilang nadir bumi, Lynas di Kuantan, Pahang. - CARI |
sadiq_segaraga replied at 4-7-2019 02:19 PM
Cubaan nak tutup kesalahan pencemaran udara dan kelemahan menteri
msdummy.2018 replied at 4-7-2019 01:59 PM
datuk ni siapa? dia ingt histeria boleh prmpn jer ker? lelaki pun boleh histeria...bukan prmpn
tumpanglalu74 replied at 4-7-2019 02:53 PM
Yang ni pon dia zugak dulu.. Doktor upahan la ni.
^CUN_GILA~. replied at 4-7-2019 02:45 PM
Babi punya doktor.. Ha tepokk bangsa jawa yang tolak parti melayu tu aritu. Mampus la korang ana ...
tumpanglalu74 replied at 4-7-2019 02:53 PM
Yang ni pon dia zugak dulu.. Doktor upahan la ni.
ADVERTISEMENT