Kalau anda perasan kebanyakan penyanyi wanita Korea sering tampil dengan imej seksi, sehinggakan ramai menyangka warga Korea ini memang terbuka mindanya.
Namun, tanpa diduga, pemikiran mereka juga agak kolot apabila sebuah iklan Baskin Robbins yang menampilkan model kanak-kanak cantik, Ella Gross mendapat kritikan hebat daripada warganet di sana. Menurut The Star, rata-rata warga Korea menyelar iklan itu kerana solekan yang pakaian yang digayakan oleh Ella kelihatan tua daripada usianya. Selain, mereka menganggap ekspresi wajah kanak-kanak tersebut kelihatan agak seksual.
Mereka turut menambah yang gambar close-up pada mulut Ella semasa menyuap ais krim itu kelihatan ghairah dan tidak sesuai dengan umurnya. Boleh tahan juga komen warganet Korea, kalau kecam sahaja tidak apa, ini sampai meninggalkan komen lucah terhadap penampilan Ella dalam iklan itu. Ibu Ella juga sempat meninggalkan komen mengenai isu itu dan dia berasa sedih kerana iklan itu telah disalah anggap. Pun begitu, dia tetap berterima kasih kepada semua yang masih setia menyokong anak perempuannya itu.
|
chinta89 replied at 4-7-2019 12:05 PM
omg konvensionalnya deols ni.
domestobot replied at 4-7-2019 01:01 PM
ingatkan dia pegi blowjob aiskrim tu sampai inzal, padahal takde nampak langsung mana yang lucah nya ...
sarah82 replied at 4-7-2019 12:51 PM
Aku tgk iklan tu.. Aku pulak yg tiba2 teringin nak makan aiskrim baskin robin.. Dah la jauh di alor ...
d_anne04 replied at 4-7-2019 01:21 PM
kan...kita tgk ni ha yg teringin nk makan aiskrim
x nampak pun ghairah tang mana...
ADVERTISEMENT