CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resepi Ayam Pandan Macam Di Restoran, Tak Rugi Cuba Sis!

11-7-2019 10:44 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7994| Komen: 25|Original author: Oleh: natrahn

Hari-hari makan nasi, bosan juga kan? Nak pekena sate pun sedap juga, tapi tekak macam teringin sesuatu yang lain pula.

Apa kata kita cuba resepi ayam pandan yang mudah ini. Resipi Ayam Pandan memang sangat sedap dan sangat harum aromanya hasil dari bahan perapan dan balutan daun pandan segar. 


Ihsan : Seismik Makan

Menu ini dipercayai berasal dari Thailand dan biasanya dihidangkan bersama sos pencicah cili Thai. Kalau di restoran, harganya agak mahal kerana bahan yang digunakan agak banyak. 

Namun, kita boleh cuba masak sendiri kerana hasilnya lazat tak terperi dan lebih terjamin kebersihannya. 
  
Terdapat pelbagai versi resipi Ayam Pandan tetapi bagi penulis, resipi ini cukup sempurna kerana tidak terlalu kuat bahan rempahnya dan cukup elok apabila digorengkan bersama balutan daun pandan. 

Tambahan lagi, tak perlu guna mesin pengisar kerana bahannya hanya perlu didadu dan dicincang halus sahaja. Sedap juga dihidangkan bersama nasi panas. Lagi lama anda perap ayam, lagi sedap rasanya kerana bahan perapan meresap dengan baik ke dalam isi ayam.  
 

Bahan-bahannya adalah:



  • Fillet ayam 500g
  • Bawang besar 1 biji, didadu
  • Halia 1 inci, dicincang halus
  • Bawang putih 2 biji, dicincang halus
  • Akar daun ketumbar 2 sudu kecil
  • Serbuk biji ketumbar 2 sudu kecil
  • Gula perang 2 sudu kecil
  • Lada sulah 2 sudu kecil
  • Sos tiram 2 sudu kecil
  • Kicap cair 2 sudu kecil
  • Minyak bijan 1 sudu kecil

Cara-caranya:
 
1. Gaulkan kesemua bahan dan perap seketika. Untuk hasil lebih baik, perap selama 45 minit atau semalaman.



 

2. Balut ayam dengan daun pandan.


 

3. Kukus ayam terlebih dahulu selama 10 minit.


 

4. Goreng ayam yang telah dikukus tadi selama 6 - 8 minit sehingga masak sepenuhnya.



 

Ayam pandan yang telah siap digoreng tadi kini sedia dimakan dengan sos cili thai atau sos pilihan anda!



 
Selamat mencuba! - CARI
 
Kredit resipi: Seismik Makan
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 11-7-2019 12:37 PM
Sedapnya...
Quote chinta89 11-7-2019 01:13 PM
omg sedap         
Quote honeyvanilla 11-7-2019 02:28 PM
looks so good !! nnt nak try lah. hrtu pernah abg bawak balik. sedap gilaa
Quote cikatilia 11-7-2019 03:13 PM
omg yummehh
Quote puanbintang 11-7-2019 03:57 PM
aiyo...sedapnya..kecur air liur
Quote hatikudus 11-7-2019 05:20 PM
Uishhh tak boleh jadi ni...geleguk geleguk aku menelan air liur dah ni
Quote CikB 11-7-2019 08:00 PM
tq share resepi ni
Quote ikanmasin 11-7-2019 09:05 PM
tq share resepi
Quote ahlisihircute 12-7-2019 06:53 PM
Aku beli yg dah siap je...balik rumah tinggal goreng je .
Quote nikkibee 12-7-2019 11:01 PM
{:run{:laugh{:sing{:childlike{:hero{:smile
Quote merrissa 13-7-2019 10:29 AM
bookmarked!
Quote hollahop 13-7-2019 01:38 PM
sedappnyaaaa
Quote dedeq88 16-7-2019 01:41 PM
Aku nk try lah..sedapppp....
Quote shernazz 16-7-2019 02:25 PM
Iols nak try juga
Tp tu lah..takut hari hari makan menda ni..laki iols sound plak
Hahahaa
Sebab benda banyak bahan ni kena buat banyak baru berbaloi
Quote cikputih15 17-7-2019 05:19 PM
fav jugak. lama dah x buat
Quote Cikpuan7272 3-8-2019 01:52 PM
Sedap sgt buat minum ptg smbil tgk tv
Quote MissVivo 9-8-2019 05:27 PM
Tq share resepi
Quote Lengkong 11-8-2019 07:58 PM
Tengok resepi tak susah sangat. Boleh lah cuba




Quote mata.kail 10-9-2019 09:48 PM
Wow...sedappppp!!!

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.162544 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top