CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembantu Ladang Didakwa Bunuh Duda OKU Kerana Jalin Hubungan Dengan Isteri

3-7-2019 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5917| Komen: 23

Lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membunuh seorang duda orang kurang upaya (OKU) di Kampung Gajah, bulan lalu.

Bagaimanapun, Sinar Harian melaporkan tiada pengakuan direkodkan daripada Abdul Rahman Abu Bakar, 43, sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf.



Kredit foto: BH Online

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Badrul Hisham Ngah Aziz, 42, kerana cemburu di Jalan Kenanga 8, Felcra Changkat Lada, Kampung Gajah antara jam 2 hingga 2.45 petang pada 23 Jun lalu.

Bagi tuduhan itu, Abdul Rahman yang juga pembantu ladang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Nazratul menetapkan 21 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan penyerahan laporan bedah siasat mangsa.

Tindakan tertuduh dipercayai didorong rasa cemburu selepas mengesyaki duda tiga anak itu menjalin hubungan sulit dengan isterinya.


Dalam kejadian, tertuduh menyerang kereta Proton Wira dinaiki mangsa bersama isterinya sebelum memukul lelaki itu dengan sebatang kayu berpaku.

Menurut Berita Harian, mangsa dikatakan keluar ke Teluk Intan untuk membeli barang bersama isteri suspek.

Sebelum ini, tertuduh dilaporkan bertindak ganas dengan cuba menendang dua jurugambar akhbar ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Gajah pada 24 Jun lalu.  - CARI



1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 3-7-2019 01:40 PM
Dari hari tu kisah ni keluar pasal duda OKU. Tak jugak dijelaskan arwah ni OKU ape. Dpt drive kereta lagi.

OKU pekak ke, hilang anggota badan ke? Motipss aiolss nak tau sangat ni dah kenapa.
Quote Suchi 3-7-2019 02:09 PM
Panas baran gak dia ye sampai nak tendang jurugambar bagai.

Bini dia mmg bebetul ade skandal ke atau hanya dia yg cemburu buta?
Quote groundfloor 3-7-2019 02:13 PM
Jenis panas baran...
Quote 150997 3-7-2019 02:15 PM

gamba mangsa mna
Quote jazaa100 3-7-2019 02:19 PM
Mina2215 replied at 3-7-2019 01:40 PM
Dari hari tu kisah ni keluar pasal duda OKU. Tak jugak dijelaskan arwah ni OKU ape. Dpt drive kereta ...

Dia kena stroke sejak 10thn dulu....tapi lately ni dah blh bergerak & drive keta, tapi pelan pelan lah......
Quote jazaa100 3-7-2019 02:21 PM
Suchi replied at 3-7-2019 02:09 PM
Panas baran gak dia ye sampai nak tendang jurugambar bagai.

Bini dia mmg bebetul ade skandal ke a ...

Mcm ada skandal je sbb mak mangsa dah jumpa bini dia tu mintak jgn kacau ank dia....mak dia tanya, kau nk apa dgn dia yg mcm tu....dah lah...jgn kacau dia.....

Tapi pompuan tu mgkin nk tempat mengadu....dia pun dah tak dok sekali dgn laki....
Quote sitilu 3-7-2019 02:24 PM
belum ada kes laki skandal dgn jantan lain kena bunuh istri???

ke dah ada??

semburit tul la

Quote Acikgomen 3-7-2019 02:26 PM
jazaa100 replied at 3-7-2019 02:21 PM
Mcm ada skandal je sbb mak mangsa dah jumpa bini dia tu mintak jgn kacau ank dia....mak dia tanya, ...

Hensem kot mangsa tu
Quote barfi 3-7-2019 02:26 PM
Suchi: Panas baran gak dia ye sampai nak tendang jurugambar bagai.Bini dia mmg bebetul ade skandal ke atau hanya dia yg cemburu buta?


Kalau dah isterinya naik kereta sekali dengan duda tu, mana2 suami normal pun mengamuk. Bukan pasal cemburu buta
Quote chicozinn 3-7-2019 02:28 PM
cameraman yg merakam pun da berkilo jauh dari okt takut kne terajang lgi..huhuuhu
Quote Boomibulat 3-7-2019 02:35 PM
Ntah mcmana la perasaan org bunuh org ye?nyesal tp x blh buat ape dah.
kira hidup pasni abis camtu je.x blh tgk dunia luar lg dah...
Quote zulka 3-7-2019 03:04 PM
Boomibulat replied at 3-7-2019 02:35 PM
Ntah mcmana la perasaan org bunuh org ye?nyesal tp x blh buat ape dah.
kira hidup pasni abis camtu  ...

ye ke nyesal....ada juga yg buat tak menyesal tau, asalkan hati puas..apa nak jadi jadi la pernah dengar pepatah ni tak.." kalau aku tak dapat, org lain pun sama.."

Quote kaklong32 3-7-2019 03:14 PM
macam2 hal
Quote eyansss 3-7-2019 03:29 PM
jazaa100 replied at 3-7-2019 02:19 PM
Dia kena stroke sejak 10thn dulu....tapi lately ni dah blh bergerak & drive keta, tapi pelan pelan ...

thank you kak jazaa...  baru la terjawab persoalan...  saya ingatkan oku pembelajaran (lembam)...
Quote eyansss 3-7-2019 03:33 PM
barfi replied at 3-7-2019 02:26 PM
Kalau dah isterinya naik kereta sekali dengan duda tu, mana2 suami normal pun mengamuk. Bukan pa ...

diorang dah tak tinggal serumah dah setahun...  dah fight kat mahkamah untuk bercerai lama dah cuma suami tanak ceraikan...  ni namanya suami tanak terima hakikat yang isteri dah tak sanggup hidup dengan dia lantas menggunakan cara kejam untuk balas dendam - gantung tak bertali...  pastu bila dapat tau isteri dah mula ada tempat bergantung yang lain, bertambah2 baran jadinya...  tu yang dibunuhnya orang tu...

aku tak menangkan isteri dan arwah, apatah lagi pembunuh ni...  cuma nasihat aku pada semua (termasuklah pihak mahkamah), selesaikanlah perkara sehingga ada titik noktah sebelum bukak bab baru dalam kehidupan...  pada mahkamah, kalau dah terang2 isteri tu tetap nak bercerai, bagi je la...  kenapa ditahan ditangguh dengan seribu satu alasan...  orang dah taknak, biarkan je la orang tu pegi...
Quote manehnya 3-7-2019 03:48 PM
Mina2215 replied at 3-7-2019 01:40 PM
Dari hari tu kisah ni keluar pasal duda OKU. Tak jugak dijelaskan arwah ni OKU ape. Dpt drive kereta ...

OKU asalnya sempurna kot, pastu kena strok, cerai ngan isteri, lumpuh, balik kg dok ngan ibu kandung, dah elok sikit boleh drive keta, pastu jadi lah gutu.. yg mana sebelum tu dah di tegur oleh ibu si OKU kat si bini jgn dok buat pasai la ngan anak dia.. mengikut laporan sebelum ini
Quote Kurex 3-7-2019 04:52 PM
Sejenis baran
Quote kelapaparut 3-7-2019 05:00 PM
eyansss replied at 3-7-2019 03:29 PM
thank you kak jazaa...  baru la terjawab persoalan...  saya ingatkan oku pembelajaran (lembam)...
...

Kalu pemenang pingat paralimpik tu c ziyad boleh kawin walau oku lemban, oku2 lain boleh jugak kot, oku2 pun ramai ade napsu gak, mcm anak zarina zainuddin yg bongsu tu tertengok porn terus nak kawin, anak autisme auntie jambul yg ramas tetek  anak dara org tu pun same etc
Quote ainashiqa 3-7-2019 05:04 PM
eyansss replied at 3-7-2019 03:33 PM
diorang dah tak tinggal serumah dah setahun...  dah fight kat mahkamah untuk bercerai lama dah cum ...

Kenapa la suami dia xnak lepaskan.. Kesian la kt isteri tu.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.137138 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top