Remaja berusia 16 tahun berdepan detik hitam apabila dirogol empat sepupu dan seorang gurunya kerana cemburu dengan kecemerlangannya dalam akademik. Memetik India Today, mangsa diajak makan tengah hari bersama empat sepupunya ketika waktu rehat di Sitapur, Uttar Pradesh, India. Superintenden Polis, Madhuvan Kumar Singh berkata, suspek mencampurkan dadah ke dalam makannya sebelum merogol gadis itu bergilir-gilir. Difahamkan, kejadian yang berlaku di dalam bilik staf sekolah itu turut membabitkan salah seorang guru. Menurut laporan, serangan itu dirakam sebelum diedarkan kepada ahli keluarga menerusi aplikasi WhatsApp pada Jumaat. Sejurus menerima laporan mengenai kejadian daripada ibu bapa mangsa pada Sabtu, polis berjaya menahan salah seorang daripada suspek manakala empat lagi dalam buruan. Menurut Madhuvan, sebaik menyedarkan diri, mangsa mendakwa diberitahu suspek bahawa dia dibawa ke bilik staf sekolah kerana pengsan.
Dalam laporan polis, mangsa mendakwa dia dirogol bergilir-gilir kerana sepupunya cemburu dengan kepintarannya. "Kejadian berlaku di sekolah kerajaan di Maholi thana dan kesemua sepupunya merupakan pelajar senior di sekolah sama," kata Madhuvan. Siasatan awal mendapati motif jenayah didorong perasaan cemburu dengan kecemerlangan mangsa, manakala kesemua sepupunya gagal dalam peperiksaan. Difahamkan, keluarga mangsa dan sepupunya tinggal bersama dan suspek dikatakan dihina oleh keluarga sendiri apabila gadis itu mendapat nombor satu dalam kelas. - CARI
|
True-X replied at 3-7-2019 11:39 AM
india merogol terlebih makan kari,,,
melayu merogol terlebih makan belacan
True-X replied at 3-7-2019 11:39 AM
india merogol terlebih makan kari,,,
melayu merogol terlebih makan belacan
beloomberk replied at 3-7-2019 12:01 PM
Soo..4 org sepupu yg rogol ni, lpas dh bunuh bdak pompuan ni, nombor dlm kelas naik satu tangga ke a ...
Boomibulat replied at 3-7-2019 11:53 AM
Bkn tlebih mkn budu ke..hihihi
ADVERTISEMENT