Pernahkah anda melihat kerja yang dilakukan oleh pekerja pembersihan secara dekat? Bagaimana ianya dilakukan bermula seawal pagi sehingga lewat petang serta melibatkan beberapa kawasan atau tingkat. Sudahla bau sampah, terpaksa mengheret plastik yang berisi air membuatkan ianya berat namun terpaksa jua dilakukan demi tugas. Betapa besarnya pengorbanan mereka yang juga dipanggil 'cleaner' ini. Seorang warganet menyeru pihak berkenaan supaya menaikkan gaji golongan ini. Maklumlah bukan calang-calang orang yang boleh mengendalikan tugas 3D (Dirty, Dangerous and Difficult) ini melainkan kerana mereka benar-benar memerlukan sumber pendapatan. Namun, ianya hanya dipandang sebelah mata kerana beranggapan kerja ini tidak lah sesukar mana berbanding kerja profesional lain. Persoalannya, dengan gaji yang tidak sampai RM1,000 dengan beban kerja berat, sanggupkah yang berkata-kata itu melakukannya?
Menurut Caa, tidak ramai yang mahu bergelumang dalam kerja sebegini kerana ia melibatkan sisa kekotoran dan benda busuk. Namun mereka melakukannya tanpa merungut membuatkan ramai yang tidak sedar kepenatan yang mereka alami itu. Malahan jika kita sendiri membuat kerja rumah sekalipun akan berasa bengang apabila ada yang menyepahkannya, jadi bayangkan situasi yang terpaksa di lalui oleh 'cleaner' ini jika mendapat layanan warga yang tidak bertamadun. Jadi, usulnya supaya menaikkan gaji mereka adalah bertepatan dengan beban kerja yang mereka alami. Kenyataan itu disokong oleh warganet lain yang mendedahkan bahawa ibu mereka adalah 'cleaner'. Dengan gaji yang cuma naik beberapa ringgit sahaja setahun, ianya diterima tanpa bantahan. Sementelah lagi apabila dimarahi oleh majikan kerana kesilapan kecil juga sudah lali di telinga mereka. Statistik ini mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam urusan pentadbiran pekerja berkolar biru. Walhal, jika bekerja sehingga 16 tahun, gaji yang diperolehi sepatutnya meningkat lebih banyak dari yang mereka perolehi sekarang. Hanya kerana golongan ini tidak bersuara, maka senang sahaja pihak berkenaan menggunakan kuasa autokrasi. Seterusnya kenyataan yang mengatakan orang Melayu tidak mahukan kerja yang penat dan 'underpaid' adalah tidak tepat. Ini kerana masih wujud golongan yang mahu mencari sesuap nasi ini. Ia diakui oleh anak-anak 'cleaner' yang kini semakin dewasa. Berasa luluh dengan layanan orang yang tidak bertimbangrasa terhadap ibu mereka. Tempatkan diri kita pula di tempat mereka. Mungkin untuk mendesak pihak berwajib bagi menaikkan gaji mereka agak sukar, tetapi apa yang boleh kita lakukan ialah bantu meringankan kerja mereka dengan meletakkan sampah di tempat sepatutnya. Selain itu, boleh juga bertegur sapa dengan mereka, berbual dan jika ada rezeki lebih, sedekahkah makanan kepada mereka. InsyaAllah, ada doa yang terselit dalam hati mereka. - CARI |
prettyuglybabe replied at 3-7-2019 12:53 PM
apakah golongan yang sama merungut bila servis cuci rumah mahal or maid minta gaji tinggi?
yuki812 replied at 3-7-2019 01:07 PM
nanti anak2 tak nak belajar rajin2 pulak..
tapi kita boleh bantu diorg dengan sikap kita sendiri ...
pichee replied at 3-7-2019 01:04 PM
Bkn masalah cleaner gaji ckit..tp contractor yg handle tu tamak. Nk untung jd kecik kn margin...
...
palmolive replied at 3-7-2019 01:19 PM
boss kontraktor dpt first payment dh berangan nak tukar kereta baru..hehehe
pichee replied at 3-7-2019 01:26 PM
Standard la tu kn..pastu mula la pyment kt acik cleaner hold nk dkt 3 bln..dgn alasan ckp company ...
palmolive replied at 3-7-2019 01:28 PM
cleaner patut ngadu ke client kontraktor tu..kasi dia kena black list..xde lg dapat job kt memana ...
pichee replied at 3-7-2019 01:34 PM
Yg i pernah borak...biasa cleaner ni x tau nk ngadu kt sape... Opis finance pn die x tau..sbb die ...
RatuDunia94 replied at 3-7-2019 12:26 PM
Ala korang kalau nampak cleaner kat mana2 especially tmpt kerja korang tu.. hulur2 la sikit kalau ra ...
ADVERTISEMENT