CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tergagap Cakap Bahasa Inggeris Tapi Dapat Juga Kerja, Yang Penting Konfiden!

4-7-2019 10:17 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 8658| Komen: 22|Original author: Oleh: HakirRahman

Banyak sungguh yang dikatakan punca budak muda gagal mendapat kerja walaupun belajar tinggi. Salah satu yang paling popular adalah tidak fasih berbahasa Inggeris. 


Nak buat macam mana, kebanyakan kita tidak membesar di Bangsar yang hari-hari speaking. Belajar Bahasa Inggeris di sekolah pun setakat nak lulus peperiksaan saja, kan? 

Bila masuk alam kerja, barulah sedar tak pandai cakap Inggeris rupanya satu kelemahan besar. 

Di Linkedin, seorang lelaki bercerita pengalamannya menemu duga seorang pemuda Melayu yang tergagap nak bertutur dalam Bahasa Inggeris. 


FOTO: LINKEDIN

Disebabkan kasihan, dia pun suruhlah pemuda terbabit bertutur dalam Bahasa Melayu. Namun, pemuda itu enggan melakukkannya. 

Katanya;  "Saya nak bertanggungjawab atas kelemahan saya, ini akan buat saya menjadi lebih baik ketika berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris." 

Padu tak jawapan budak ni? 

Kegigihan dia bukan setakat tidak malu untuk mengaku lemah berbahasa Inggeris, tapi siap mengambil kelas untuk meningkatkan kefasihan Bahasa Inggeris. 

Karakter pemuda ini berjaya menyakinkan penemu duga untuk mengambilnya bekerja. Betuhlah kan, sebab selalunya waktu temu duga, kita memang nak tengok karakter bakal pekerja iaitu keyakinan, semangat serta kemahiran insani. 

Berikutan itu, ramai juga warganet yang kata kalau budak ini datang ke syarikat mereka, dia akan diambil bekerja. 


FOTO: LINKEDIN

Budak ni akhirnya mendapat kerja itu dan diberikan kereta syarikat untuk urusan kerja, gaji asas RM3,000 dan pelbagai lagi kemudahan. 


ADA ORANG PERSOALKAN TETAPI DILAWAN WARGANET LAIN
FOTO: LINKEDIN

Ada juga warganet yang mempersoalkan kesahihan cerita ini. Tapi, semua keraguan itu disangkal beberapa warganet lain yang mendakwa memang ada orang bertuah untuk mendapat semua itu walaupun baru mula bekerja. 

Agaknya, dia bekerja dalam bidang jualan dan pemasaran atau apa-apa yang memerlukan dia bergerak selalu.

Apapun, kisah ini memang mengharukan dan dalam masa sama mengagumkan. Kadang-kadang, rezeki datang tanpa diduga kan? - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 4-7-2019 10:37 AM
Bila kita dah berusaha...dan yakin rezeki Allah yg tetapkan.. Maka insyaallah jadi milik kita rezeki tu.
Quote ezacbee 4-7-2019 10:46 AM
Dah rezeki bdk tu
Quote Kurex 4-7-2019 10:49 AM
Sampai sekarang aku tak faham english boss jepun aku..
Tapi aku tabik, sebab dia tetap usaha & tak buang identiti jepun dia. Dia suka buat kaligrafi
Quote yuki812 4-7-2019 11:01 AM
bagus..yg penting confident dan berani mencuba.
iols pon bkn pandai english..cuma masa inview kerja tu..english i lbh skittt je dr bos jepun yg mmg sah..sgt poor pon english. i pakai ckp je. terabur. yg pnting confident...dan friendly.
kisah 15 thn lps...

Quote matbad 4-7-2019 11:02 AM
Org kita je over nk ckp ikut buku..cko malay pun xikut buku ikut loghat masing2..mat saleh relax ja sbb masing2 ada loghat tersendiri..xyah fluent nk ikut buku kalau bcakap..bljar ckp english dgn mat saleh tak seteruk dgn melayu acah2 omputih puiii
Quote leylapple 4-7-2019 11:13 AM
nie mesti keja kat site... dan rasanya site tu kat rural area.. no preference pun kalau nak speaking english ker tidak sebab site representative bukan hari2 miting dgn management...

Quote LadyCarefree 4-7-2019 11:20 AM
Coach tu pon hauk inggerisnye hehehe tp konpiden yach
Quote merrissa 4-7-2019 11:29 AM
Kurex replied at 4-7-2019 10:49 AM
Sampai sekarang aku tak faham english boss jepun aku..
Tapi aku tabik, sebab dia tetap usaha & tak  ...

hurm teringat plak aku time attend conference....ada org jepun ni bg presentation....dia ckp berterabur...baca script...lps tuh slides dia pon ada salah2 eng dia

lps tuh aku ternampak ada dua ekor beruk belanda...duk rakam dia present then gelak2...

hello atleast dia dh terbang ke belanda...dua ekor beruk tuh belum tentu pernah ke jepun...nak gelak2kan orang

jangan pelik...orang belanda yg konon negara maju tuh pon duk merendah2kan orang yg x reti speaking...tapi nasib baik hanya segelintir...yg lain semua ok dan baik je....

time dia menggeletar nak present, semua org kecuali 2 ekor beruk tuh, semua bagi dia semangat utk present....
Quote pittjie 4-7-2019 11:31 AM
kenapa nak ragukan budak tu dpt company car. comp car tu tuk buat keja. kereta pun hilux kan. sure la dia kena keja luar. buat field visit etc. bukan setakat tuk ulang alik gi ofis.
Quote mzzenma 4-7-2019 11:35 AM
tapi kalau jawatan kau penting and melibatkan keselamatan negara pleaselah belajar english elok2..

ni tak habis2 semekom maya..
Quote groundfloor 4-7-2019 11:41 AM
Teringat adik cerita masa interview kerja di sebuah syarikat pembekal kipas untuk kapal terbang kalau x silap, masa interview penemuduga tanya boleh ckp english x? Adik jawab jujur xpandai tapi kalau org ckp2 dia faham sikit2. Lpstu penemuduga pun ckp, kat sini semua mesin arahan dlm bi, mcmana u nak baiki kalau xpandai bi sambil penemuduga tanya maksud beberapa perkataan bi untuk beberapa perkara berkenaan mesin. Adik pun jawab mana yg dia tahu dgn rendah diri. Adik mmg jenis friendly, mudah mesra dgn org. Sebelum pulang, penemuduga tanya adik, kalau awak xdapat kerja ni mcmana? Adik pun jawab dgn jujur, " encik, saya betul2 nak kerja ni, mcmana saya nak balik kg jumpa mak ayah masa raya nanti kalau saya xde kerja". Ini cerita pendek. Sebenarnya byk lg yg depa berbual. Syukur, adik mmg dapat kerja tu. Bila dia masuk kerja, dia pi cari penemuduga tu dan bersalam. Adik cakap nampak muka engineer tu mcm terkejut dan terharu kot. Sampai lpstu2 kalau jumpa adik , dia senyum je. Dan adik mmg rajin dan boleh buat kerja. Dia baiki mesin kot  dan mmg arahan fully bi kat mesin. Dia speaking mmg xboleh tapi dia faham la arahan di mesin tu. Tambah dah kerja lama. Terima kasih pd engineer tu. Iol pun pesan kat adik supaya kena ingat jasa orang dkt kita walau sapa2 pun.
Quote Artemesiaa 4-7-2019 12:36 PM
Semangat dan confident level tinggi pun boleh buat penemuduga tertarik nak ambil berkerja.
Quote prettyuglybabe 4-7-2019 01:14 PM
kenapa ramai orang kita tak nak cakap english?
pasal wujudnya mangkuk ayun grammar nazi..
cakap melayu takde pulak ko nak bertatabahasa bagai..
tiba tang english grammar kena betul sebijik-sebijik..
konon malu orang putih dengar..
padahal orang putih pun berlambak grammar spelling ke laut..
Quote MFR_IN 4-7-2019 01:46 PM
prettyuglybabe replied at 4-7-2019 01:14 PM
kenapa ramai orang kita tak nak cakap english?
pasal wujudnya mangkuk ayun grammar nazi..
cakap me ...

Exactly, yang penting confident dan org faham apa yg kita nk sampaikan.

abaikan ja org2 yg budget konon2 power grammar ni.
Quote umbut 4-7-2019 01:51 PM
Edited by umbut at 4-7-2019 01:54 PM

Kat sekolah dulu, cina india memang speaking walau terabur. Yg penting confident..
After exam.. English aku A.. Yg diorang c.. So kat sini yg penting yakin walau maybe tatabahasa x betui..
Quote umbut 4-7-2019 01:56 PM
prettyuglybabe replied at 4-7-2019 01:14 PM
kenapa ramai orang kita tak nak cakap english?
pasal wujudnya mangkuk ayun grammar nazi..
cakap me ...

Nanti ada mangkuk ayon kata muka jawa nak speaking..  X sedar diri.. Terus compare org korea jepun bangga bahasa dia gitu..
Quote AznieBunnie 4-7-2019 02:28 PM
Edited by AznieBunnie at 4-7-2019 02:34 PM

dulu... lama dulu, pernah kerja dengan kampeni based in UK.
gaji ok la, tapi elaun best.
each km pergi dan balik kerja dibayar RM1.
parking, toll, telefon, dapat elaun.
tiap bulan ada makan-makan.

sayang projek banyak tak dapat secure dan akibatnya orang shared services kena MSS dulu.
so yes, ada je kampeni yang bagi macam-macam kemudahan kepada staff.
Quote awanysss 4-7-2019 02:29 PM
rezeki sgt..
Quote ikanmasin 4-7-2019 03:44 PM
alhamdulillah dah rezeki dia dan tahap keyakinan
dia tu yg penting..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.093074 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top