CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Tingkatan 2 Mabuk Tak Sedarkan Diri, Kawan Paksa Katanya..

2-7-2019 06:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6959| Komen: 31

Apa nak jadi, baru tingkatan dua sudah pandai mengambil minuman keras!

Jika semalam Harian Metro melaporkan seorang pelajar 14 tahun ditemui sedang terbaring dan dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas bangku berhampiran sekolahnya di Kuantan. 


Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital kerana dan didapati mabuk selepas meminum minuman keras. 

Foto: Harian Metro
Terbaru, pelajar itu yang kini menerusi sebuah video di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan mendakwa rakannya yang membeli minuman keras murah itu sebelum memaksanya minum. 

“Mereka mencampur minuman birkarbonat dengan minuman keras sebelum memaksa saya meminumnya, namun saya tidak mahu, mereka memujuk dan mengatakan ia hanya air bikarbonat sahaja.


“Saya hanya minum dua teguk sahaja sebelum berasa pening dan menjadi separuh sedar, ketika itu saya dapat mendengar orang bercakap di sekeliling saya. Selepas itu saya tidak sedar,” katanya memetik Harian Metro. 

Menurutnya lagi, dia melakukan hal tersebut bukan atas kerelaan sendiri. 

“Saya tahu sepatutnya saya masuk ke kelas bukannya mengikut rakan, namun saya mengambil minuman keras itu bukan atas kerelaan sendiri, malah itu adalah kali pertama saya merasa minuman itu.

“Keluarga saya juga agak terkesan dengan penyebaran berita yang tidak benar itu,” katanya. - CARI 


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 2-7-2019 06:48 PM
Berkawan la dengan kawan yg baik
Quote sitilu 2-7-2019 06:49 PM
kesian anak maideen, kecik2 dah kena tipu dgn kawan kaki todi mabuk air setan

haram kan je la arak ni semua. menyusah dan membunuh orang awam.



Quote multinicky 2-7-2019 07:04 PM
kesian jgk ko dek..kadang2 sebab nk nmpk hebat or nk join the group kenelah ikut ckp theyols
Quote Buritan 2-7-2019 07:15 PM
sitilu replied at 2-7-2019 06:49 PM
kesian anak maideen, kecik2 dah kena tipu dgn kawan kaki todi mabuk air setan

haram kan je la ara ...

Ape komen maideen bila anak dia kantoi ekkk.. sujud syukur gakke
Quote Zazashar 2-7-2019 07:35 PM
Alahai.. kesiannya ko dik
Quote munchkin 2-7-2019 08:03 PM
Minum jolly shandy ke?
Quote Mooverine 2-7-2019 08:15 PM
munchkin replied at 2-7-2019 08:03 PM
Minum jolly shandy ke?

Hahaha ... teringat zaman sekolah dulu ...rasa hebat sangat la bila minum jolly shandy.  
Quote ikanmasin 2-7-2019 08:24 PM
kalau dpt kawan yg baik eloklah perangai tp
kalau dpt kawan yg merosakkan ko baik elakkan
bahaya nsb baik takde apa2.mana tau tetiba jalan
terus lg kesian keluarga ko dik..
Quote koondoor 2-7-2019 08:29 PM
Ni campur kapak ke apa.
Quote sitilu 2-7-2019 08:39 PM
Buritan replied at 2-7-2019 07:15 PM
Ape komen maideen bila anak dia kantoi ekkk.. sujud syukur gakke

dia kata anak dia hebat, kicik kicik mabuk tara sedar diri serupa datuk dia jugak, pak si maideen mabuk todi murah dalam estate tara kirija


Quote weezerfan 2-7-2019 09:36 PM
Yo yo je kawan paksa kau minum dek.
Quote Victorioussss 2-7-2019 10:49 PM
Yeye la kawan paksa campur

Kawan kau tu xkn la letak liquor..bnyk lak sen nk beli. Setakat beer 2 togak campur xdenya flat out dikk
Quote clarizsa 2-7-2019 10:52 PM
Naya betul
Celaka kawan2nya
Mujur tak mati
Hard liquor plak tu
Campur dgn air gas tu lagilah
Hadoii
Quote clarizsa 2-7-2019 10:53 PM
munchkin replied at 2-7-2019 08:03 PM
Minum jolly shandy ke?

Hard liquor dalam botol
Jenama cikai kot
Nmpk kat fb td
Setakat jolly shandy xde kesan kot
Quote clarizsa 2-7-2019 10:54 PM
Victorioussss replied at 2-7-2019 10:49 PM
Yeye la kawan paksa campur

Kawan kau tu xkn la letak liquor..bnyk lak sen nk beli. Setakat beer 2 ...

Hard liquor bukan beer biasa tu
I nampak kt fb td gambarnya
Quote Victorioussss 2-7-2019 10:57 PM
clarizsa replied at 2-7-2019 10:54 PM
Hard liquor bukan beer biasa tu
I nampak kt fb td gambarnya

Kalu geng rentung konpom samsu
Quote clarizsa 2-7-2019 11:02 PM
Victorioussss replied at 2-7-2019 10:57 PM
Kalu geng rentung konpom samsu

Ntahlah tapi dorang kata arak murahan
Quote kroit92 2-7-2019 11:04 PM
peer pressure. pengaruh rakan sebaya antara penyumbang terbesar kemelesetan akhlak remaja masa kini

dah bunyi karangan SPM pulok
Quote munchkin 2-7-2019 11:16 PM
clarizsa replied at 2-7-2019 10:53 PM
Hard liquor dalam botol
Jenama cikai kot
Nmpk kat fb td

Wow hard liquor. Gila bebudak sekarang ni.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.100055 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top