CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad Cerai Isteri Talak Satu

2-7-2019 01:14 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 24877| Komen: 99|Original author: Oleh: Tukang Tulis


Gambar Nik Nazmi bersaman Imaan yang dirakam pada 18 Mei 2017. Kredit foto: Facebook


Perkahwinan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan isterinya, Dr. Imaan Abdul Rahim yang terjalin selama 14 tahun berakhir selepas kedua-duanya mencapai persefahaman untuk bercerai dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 2 Julai.

Memetik laporan Sinar Harian, Nik Nazmi, 37, melafazkan talak satu terhadap Imaan, 36, di hadapan Hakim Zaim Md. Yudin kira-kira pukul 9.45 pagi.

Nik Nazmi selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara baik pada 30 Mei lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Dalam prosiding tersebut, mahkamah memberikan hak jagaan anak mereka, Nik Ilhan Nik Nazmi, 8, kepada ibunya manakala Nik Nazmi menerima hak lawatan dan bermalam.


Detik bahagia Nik Nazmi dan Imaan bersama Nik Ilhan. Kredit foto: Facebook

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang tular melalui aplikasi WhatsApp, Nik Nazmi memberitahu, beliau dan Imaan telah bersetuju untuk mengakhiri perkahwinan mereka serta menghargai sokongan yang diberikan oleh keluarga dan rakan-rakan.

"Saya ingin memohon maaf atas kesakitan atau kesedihan yang dialami oleh mana-mana pihak, terutamanya keluarga kami," jelasnya.

Nik Nazmi dan Nurul Izzah Anwar. Kredit foto: Facebook

Beliau berkata, tumpuan akan diberikan terhadap kegembiraan dan kesejahteraan Nik Ilhan serta meminta semua pihak menghormati privasi mereka.

"Tiada kenyataan lain yang akan dikeluarkan berkenaan isu ini," ujarnya. 

Diharapkan Nik Nazmi, Imaan dan Nik Ilhan tabah mengharungi kehidupan selepas ini walaupun mereka tidak lagi hidup bersama. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 2-7-2019 01:18 PM
ada yang menyondolkah
Quote shroom_5 2-7-2019 01:19 PM
Izzah nampak selekeh
Quote tajmahal 2-7-2019 01:22 PM
wife dia cantik pun kena cerai. sebab apa lah agaknya diceraikan..
Quote slavehunter 2-7-2019 01:24 PM
Jab lagi banyak la artis beratur menunggu.
Quote prettyuglybabe 2-7-2019 01:26 PM
bagus la dah tak sepakat cerai je cara baik..
Quote mongoose_kidz 2-7-2019 01:33 PM
knp ade gmabr ngan izzah..
edisi spekulasi ke.ni??
Quote cikdonat8 2-7-2019 01:34 PM
motif letak gambar nurul izzah selepas berita tu
Quote totokreturn. 2-7-2019 01:36 PM
Dah kenapa
Quote Dovahkiin 2-7-2019 01:44 PM
Khabarnya suami NIA enggan ceraikan NIA sbb nak halang NIA kahwin dgn skandal dia (read:Nik Nazmi)
Quote sukacactus 2-7-2019 01:48 PM
Ooo...ada citer disebalik ke
Kawin muda jg dl ni
Quote noradaniez 2-7-2019 01:51 PM
Ahli parlimen yg paling malas jumpa pengundi lepas pilihanraya. Tak pernah dtg klu jemput ke majlis.
Quote awanysss 2-7-2019 01:53 PM
motif sgtt letak gmbr nurul izzah
Quote ikanmasin 2-7-2019 01:55 PM
istri lawa dr pl tu ..itulah dah sampai takat tu jer jodoh diaorg..
yg penting pisah baik2 dan amanah anak tu jgn di sia2 kan..
Quote LadyCarefree 2-7-2019 02:01 PM
cikdonat8: motif letak gambar nurul izzah selepas berita tu


Ade motip tu.
Quote sidewinder 2-7-2019 02:07 PM
wife x tahan kena maki sbb PH kaki kencing kot....netizen biasa laa kalu kena kencing dgn ahli parlimen atau adun mau kena maki....dgn anak bini mak ayah sekali kena.....sekali dua kena ok lagi.....kalu dah hari2 kena maki hamun mau mental
Quote ayuct 2-7-2019 02:08 PM
Cantiknya wife dia...
Quote prettyuglybabe 2-7-2019 02:16 PM
Dovahkiin replied at 2-7-2019 01:44 PM
Khabarnya suami NIA enggan ceraikan NIA sbb nak halang NIA kahwin dgn skandal dia (read:Nik Nazmi)

dia bukan janda ke? dah kawin baru ek?
Quote arm_band 2-7-2019 02:20 PM
eh skandal ke....
Quote seri_mawr 2-7-2019 02:21 PM
Dovahkiin replied at 2-7-2019 01:44 PM
Khabarnya suami NIA enggan ceraikan NIA sbb nak halang NIA kahwin dgn skandal dia (read:Nik Nazmi)

bukan ke NIA ni dah janda.?
so punca dia NNNA ni nak kawen dgn NIA ke..?
ehh...speku betul pi letak gamabr NNNA ni dgn NIA.....

but...bekas isteri dia lagi cantik kot....

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.044507 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top