Jika anda pernah menonton filem Hantu Bonceng, pasti pernah mendengar ayat 'apa celop toqq!' sepanjang filem itu berlansung. Kemudian ianya telah menjadi ayat lazim dipertuturkan oleh anak muda setelah filem itu ditayangkan. Ternyata tagline tersebut telah membuatkan pelakon yang digelar sebagai Tai atau nama sebenarnya Taiyuddin Bakar menjadi terkenal seketika.
Disebabkan tagline tersebut menjadi siulan ramai, sebuah filem telah mengangkat ayat 'apa celop toq' sebagai tajuk. Tai yang sering membawa imej mat motor dan rempit kini lebih selesa membawa imej dan gaya hidup yang lebih Islamik. Alhamdullilah. Berhijrah dari imej rempit ke Islamik Ketika ditemubual, penghijrahan beliau membuatkan dia lebih selektif untuk menerima sesuatu tawaran berlakon, bersesuaian dengan imejnya terkini. Namun begitu, beliau mengakui masih menerima tawaran untuk berlakon dan bakal tampil dalam dua buah filem bawah arahan Aril Abu Bakar dan 'Master Picisan' di bawah sutradara saudara Namron. Ramai netizen telah mengucapkan syukur kerana ramai selebriti telah berhijrah dan mendoakan yang terbaik untuk Tai. Semoga penghijrahan ini menjadi pemangkin semangat untuk saudara islam yang lain untuk berubah ke arah yang lebih baik. - CARI |
ADVERTISEMENT