Siapa sahaja tidak mengenali pengasas JamuMall yang sering membuat kontroversi dengan strategi pemasaran mereka yang pelik-pelik. Contohnya baru-baru ini apabila mata tajam netizen dapat menangkap jongkong emas yang digunakan dalam sebuah video adalah palsu semata-mata.
Terbaru, semakin pelik taktik pemasaran yang digunakan apabila wanita tersebut meletakkan foundation kepada ular hidup. Apa motifnya? Boleh dilihat menerusi video itu, wanita berkenaan tanpa rasa bersalah telah menyapu foundation kepada kulit ular terbabit sambil menerangkan keberkesanan produk tersebut. Netizen yang melihat video itu rata-ratanya mengecam kebodohan wanita terbabit kerana menggunakan strategi pemasaran yang pelik sedemikian.
Tidak kurang juga ramai yang marah dan menyifatkan wanita itu telah menyeksa haiwan tersebut kerana dikatakan ular bernafas menggunakan kulitnya, jadi hal ini mungkin memudaratkan haiwan itu. |
ADVERTISEMENT