Seorang bapa tergamak bersubahat dengan rakannya untuk merogol anak perempuan sendiri. Mangsa yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) pembelajaran dirogol dalam dua kejadian yang berbeza di Arau pada pertengahan Mei lepas.
Harian Metro melaporkan mangsa yang berusia 28 tahun memberitahu jirannya sebelum bertindak membuat laporna polis. Susulan itu bapanya,61 bersama rakan,53 direman untuk membantu siasatan. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, “Menurut keterangan mangsa, bapanya merogol dia di rumah mereka pada 8.30 malam pada Mei lalu.
“Kemudian pada bulan yang sama, mangsa dibawa oleh rakan bapanya ke sebuah kebun sebelum rakan suspek bertindak merogolnya di dalam kebun berkenaan." “Mangsa tidak tahu untuk melaporkan perkara berkenaan kepada sesiapa selain dia juga tidak mampu bertutur dengan jelas. “Malah keadaan ibu dan adik mangsa juga berstatus OKU pembelajaran sepertinya, secara tidak langsung menyukarkan lagi keadaan mangsa yang seolah-olah berada dalam keadaan tersepit." Hasil laporan pemeriksaan yang dilakukan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar mendapati ada kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -CARI
|
johan-adx replied at 28-6-2019 04:17 PM
hrp2 bukan org kita..
Acikgomen replied at 28-6-2019 04:41 PM
Kalo dah arau tuh melayu je la dekkk
ADVERTISEMENT