CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Main Telefon Sampai Lupa Gosok Baju Suami, Wanita Diugut Sembelih

28-6-2019 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6884| Komen: 42

Suami tergamak mengugut akan menyembelih isteri hanya kerana wanita itu terlupa menggosok bajunya.

Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku di kediaman mereka di Seberang Takir, Kuala Nerus, kelmarin.


Sebelum kejadian mangsa, 38, ralit bermain telefon bimbit sehingga terlupa menggosok baju suaminya berusia 44 tahun.


Gambar Hiasan

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, suspek dikatakan berang apabila mendapati pakaiannya masih belum bergosok ketika bersiap untuk ke pejabat.

Suspek yang sudah terlewat, naik angin sebelum memarahi mangsa sambil mengambil telefon bimbitnya yang ditinggalkan di dalam bilik.

Menurut sumber, mangsa cuba memujuk suaminya agar memulangkan peranti itu kepadanya, namun dimaki suspek selain lehernya dicekik dan ditampar di pipi.

"Bagaimanapun mangsa bernasib baik kerana perbuatan suaminya dihalang dan dileraikan oleh anak sulung mereka yang kebetulan berada di rumah," kata sumber.


Namun, sebaik pulang jam 9 malam kemudian, suspek kembali memarahi isterinya dan menuduh dia menjaja masalah rumahtangga kepada orang lain.

"Suspek kemudiannya mengambil sebilah parang panjang dan menghalakan senjata itu ke leher mangsa sambil mengugut akan menyembelih mangsa suatu hari nanti," katanya.

Tindakan anak sulung mereka menegur perbuatan suspek menambah kemarahan lelaki itu yang kemudian bertindak mengejar remaja terbabit dengan parang, namun anaknya berjaya melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abd Rahim Md Din mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa mengenai kejadian di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Asdan 27-6-2019 06:10 PM

pemakan ikan, tak hairan,
Quote EvieWanKenobi 27-6-2019 06:15 PM
wifenya pun.. mesti tengah sibuk up status medsos..
Quote tikusmontok 27-6-2019 06:39 PM
Asdan replied at 27-6-2019 06:10 PM
pemakan ikan, tak hairan,

Bodohnya komen
Quote sarahmirza 27-6-2019 07:27 PM
Nasib baik la en suami I berakal...
Baju kerja dia iron sendiri..
Tak pernah menyusahkan isteri dia.

Quote dino 27-6-2019 07:40 PM
EvieWanKenobi replied at 27-6-2019 06:15 PM
wifenya pun.. mesti tengah sibuk up status medsos..

mesti buat karangan kat krt tuh haha
Quote sidewinder 27-6-2019 07:49 PM
huk alohhh payoh gini bohhhh......gannu lagi
Quote sayawifenikmie 27-6-2019 07:59 PM


kalau tak kerja:  baju kemeja kerja suami serta tshirt semua saya gosok waktu weekend
kalau kerja:  kita panggil dobi dtg ambil baju dan gosok sebelum hantar semula

Quote EvieWanKenobi 27-6-2019 08:01 PM
dino replied at 27-6-2019 07:40 PM
mesti buat karangan kat krt tuh haha

harap bukan jiran hang la..
Quote dino 27-6-2019 08:10 PM
EvieWanKenobi replied at 27-6-2019 08:01 PM
harap bukan jiran hang la..

kg aku plak tu haha
Quote kabukiman 27-6-2019 08:15 PM
Sek kappung mung meme pelek2ang sokmo.....
Quote clarizsa 27-6-2019 08:24 PM
x reti iron sndri ke

Tapi kalau i mmg iron kan baju
Sbb hubby dah tolong buat keje2 lain
Hmmm
Quote prettyuglybabe 27-6-2019 09:37 PM
kalau dah tak suka ceraikan je la bini tu..
kawin je lain
Quote dani-rox 28-6-2019 01:50 AM
"Bukan sahaja dimaki hamun, tetapi leher mangsa juga dicekik selain pipinya ditampar dengan kuat oleh suspek tanpa belas simpati.


ohh masih ada tangan dan tenaga ropanya.
ingatkan kudung dua2 belah tangan, takbleh gosok baju sendirik
Quote shernazz 28-6-2019 06:01 AM
Iols rasa kalau bini tu bz menda lain xpe
Ni dok bz tgk hp je..tah tgk fb ke..forum ke..ahaks..
Pastu semua keja rumah xbuat
Hahahha...

Ataupung...si suami mmg lagak raja...semua bini kena buat
Quote PulutSambal 28-6-2019 07:09 AM
Pasal lupa gosok baju pun nak berparang. Kosser tau jantan ni.
Quote cap_ayam 28-6-2019 07:28 AM
Nasib lah anak lelaki pertahankan mak..
Quote haryatie 28-6-2019 07:40 AM
bini nya pun...buat la keje mcm biasa dulu
baru hadap tipon... ada scandal apa
takut sgt laki ambil tipon
x akan selama ni x tahu perangai laki mcam mana
siapkan segala utk dia, dia da pegi keje hadap la tipon siang malam
Quote ikanmasin 28-6-2019 08:11 AM
laki tak tahan dah kot..bini tu dah tau laki dah
lambat settlekan lah laki dl baru samb main hp..
nsb baik anak kat umah..
Quote cik_nit 28-6-2019 08:18 AM
Pasal ion baju je pun sampai nak membunuh bini tu dah kenapa.. Ko iron jelah baju tu sendiri.

Bengong mu ni..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.089839 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top