Bukan mudah untuk seseorang insan membuat keputusan untuk memeluk ataupun dengan kata lain menganut agama baru. Sesungguhnya, seseorang yang ingin berhijrah amat memerlukan sokongan moral daripada keluarga serta sahabat handai.
Namun, bagi seorang wanita daripada Korea yang dikenali sebagai You Narae ini, beliau tidak menganuti sebarang agama namun mempercayai kewujudan tuhan. Hasil perkenalan dengan seorang jejaka Malaysia yang berasal dari Kelantan, ternyata telah membuka hati beliau untuk mendalami ajaran Islam. Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 27, yang merupakan seorang pelajar menuntut di Universiti Korea, Seoul telah berjaya menjentik hati You Narae untuk mempelajari keindahan agama Islam.
Menurut You Narae, beliau mengakui tentang kewujudan tuhan tetapi tidak pasti agama apa yang perlu dianut. Sejak berkenalan dengan Ryzal, ianya saya anggap seperti saluran 'hidayah' Allah kepada saya." ujarnya. Ya, jangan kecewa ya semua, Nik Muhammad Ryzal telah bercadang untuk melangsungkan perkahwinan dengan You Narae pada Julai tahun ini. Manakala bakal isteri beliau itu telah selamat melafazkan kalimah syahadah pada 1 Ramadhan lalu di hadapan Ryzal sebelum dirujuk kepada imam masjid Itaewon. Kisah penghijrahan ini rata -rata telah mendapat perhatian warganet dan ramai mendoakan yang terbaik untuk You Narae. Alhamdullilah, bertambah lagi satu saudara baru Bakal suami pun dah ala-ala KPOP Alhamdullilah. Semoga penghijrahan ini memberi lebih makna dalam kehidupan saudara baru kita ini. -CARI |
iwansa replied at 28-6-2019 10:46 AM
bakal isteri dh dpt hidayah..si suami tu pn harap dapat le dayah tukar warna asal rambutnya itu, hud ...
kroit92 replied at 28-6-2019 02:51 PM
loading aku kejap tadi.
wana hite ni warna apa? (aku baca hite tu, sebutannya "hait", ingatkan ...
ADVERTISEMENT