Bila cakap soal sastera ni, ramai antara kita yang tak berapa nak faham. Yerlah, sebab sumbangannya tak nampak macam kerja-kerja teknikal lain, walaupun seni dan budaya bangsa itu tidak ternilai sebenarnya.
Jadi, bila kerajaan setuju beri elaun bulanan sebanyak RM5,000 sebulan kepada tujuh sasterawan negara iaitu A Samad Said, Muhammad Salleh, Noordin Hassan, Anuar Rethwan, Ahmad Kamal Abdulah, Baharuddin Zainal dan Zurinah Hassan. Ada yang pernah baca karya mereka? Tetapi, berita ini mendapat reaksi pelbagai. Di Twitter misalnya, kenyataan seorang pengguna yang membandingkan elaun itu dengan penjawat awam kerja 30 tahun tapi tak dapat apa-apa menarik perhatian ramai. Tapi, ada juga yang berkata sasterawan ini tak ada sumbangan apa-apa, seperti kata seorang pengguna Twitter: "Puisi entah apa-apa, boleh pulak diberi elaun RM5,000 sebulan seumur hidup." Pendapat ini bagaimanapun dibantah pengguna Twitter lain, yang merasakan "puisi adalah manifestasi ketinggian budaya dan bahasa sesuatu bangsa." Malah, perbincangan bertambah hebat bila ada pengguna Twitter yang berkata "ramai lagi perajurit wira negara yang cacat seumur hidup tapi hanya dapat pencen tak sampai RM2,000 sebulan. Ada juga yang tak berpencen sampai kena kerja walaupun dah tua." Tapi, ayat paling sentap adalah daripada seorang pengguna Twitter yang menganggap hanya "orang buta seni dan budaya sahaja tak nampak sumbangan sasterawan negara ini." Jadi, apa pendapat anda? Wajar atau tidak sasterawan negara ini mendapat elaun sebanyak itu? - CARI
|
telracs replied at 28-6-2019 02:46 PM
Saya juga seorang penulis....just penulis picisan....yang tak akan mampu mencapai tahap sasterawan.. ...
najib888 replied at 28-6-2019 09:12 PM
Bg elaun nak tutup mulut kot.. SN ni, puisi depa selalu dpt limelight.. tak puas hati saja, depa ang ...
ADVERTISEMENT