Bagi yang mengenalinya pasti sudah lali dengan strategi pemasaran digunakan pengasas Jamumall.com, Siti Suraini atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall ketika mempromosikan produk di laman sosial.
Yang pasti, ramai meluat dengan gayanya di hadapan lensa kamera, apatah lagi mendengar suaranya yang nyaring untuk meraih perhatian. Seperti kebanyakan usahawan lain, Siti Jamumall juga tidak ketiggalan melayangkan berkepuk-kepuk not kertas berwarna hijau lumut dan ungu. Namun, beliau mencetuskan kemarahan ramai apabila kantoi menggunakan wang palsu menerusi sebuah video live di Facebook. Bukan itu saja, malah jongkong emas yang dipamerkan juga kelihatan seperti coklat yang dibalut dengan kertas pembalut. Justeru, peniaga itu dilahar berjemaah oleh warganet yang rasa tertipu terutama mereka yang sudah lama meluat dengan pengasas Jamumall terbabit. Patutkah tindakannya itu diadukan kepada pihak berkuasa? Jangan kata orang ramai dengki dan sengaja menutup periuk nasi pula, sudahlah. - CARI |
johan-adx replied at 27-6-2019 01:03 PM
biasanya org yg btul2 kaya dia takkan buat keje mcmni
ADVERTISEMENT