Nama Dr Nur Amalina Che Bakri memang tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia. Pernah bergelar pelajar terbaik SPM suatu ketika dahulu, kini dia turut mengharumkan nama Malaysia sebagai pakar bedah di London.
Pun begitu, segelintir netizen perasan yang Dr Amalina kini sudah tidak aktif di Twitter. Sebelum ini, beliau sering juga berkongsi tip kesihatan di laman itu untuk pengetahuan orang ramai. Seorang pengguna Twitter telah berkongsi bahawa ada segelintir rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan lelaki Melayu telah mengecamnya dengan kata-kata yang tidak elok. Dia menambah apa gunanya menjalankan segala tuntutan agama Islam, tetapi hati busuk dan penuh hasad dengki. Mereka juga menambah mana hilangnya peribadi sebagai seorang Islam apabila bertutur sedemikian. |
ADVERTISEMENT