Misteri kehilangan seorang petani terjawab apabila dia sebenarnya mati dibaham buaya. Kejadian yang berlaku di Siak, Riau Indonesia itu menyaksikan mangsa, Wartoyo gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah.
Tribun News melaporkan, penduduk kampung mula mencarinya di sekitar Sungai Lakar, lokasi terakhir dia dilihat. Semasa mencari, mereka ternampak seekor buaya yang sedang berehat di tebing sungai. Cebisan tubuh manusia berada di sisi haiwan tersebut. Ketua Kampung, Wahyudi berkata, "Apa yang dibimbangi penduduk menjadi kenyataan. Selepas perut haiwan itu dibelah, penduduk menemui cebisan kaki mangsa."
Wahyudi percaya tragedi tersebut berlaku kerana penduduk tempatan melanggar pantang larang tradisional semasa berada di habitat reptilia berkenaan. -CARI
|
Foxey replied at 26-6-2019 08:16 PM
Curious plak nak tahu apa pantang larang nya
slavehunter replied at 27-6-2019 12:37 PM
Tak silap i arwah mak ada cerita pantang2 sungai ada buaya ni....tak boleh basuh periuk belanga pe ...
ADVERTISEMENT