Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah terkena serpihan sinki pecah. Taiwan Apple Daily melaporkan, Wang, 10 pada mulanya mahu melihat cermin. Dia kemudiannya menekan sinki dengan kuat sebelum ianya terjatuh dan pecah. Ketika ditemui, mangsa sudah terbaring berlumuran darah dan segera dikejarkan ke hospital. Saraf, arteri, otot dan pembuluh darah di tangan Wang terkoyak namun pembedahan selama empat jam berjaya menyelamatkan nyawanya.
Ibu bapa diingatkan bahawa kecederaan disebabkan seramik dan kaca pecah adalah sangat serius. "Sebaik-baiknya jangan buat sinki dinding yang tidak mempunyai sokongan di bawahnya kerana kanak-kanak gemar menekan sinki tersebut apabila menggunakannya. "Selain itu, sekiranya anda mengesan berlaku keretakan pada sinki seramik seperti ini, jangan tunggu lama dan tukar terus dengan sinki baru bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang." -CARI |
cutieslilies replied at 26-6-2019 02:26 PM
pernah ada kes kat opis aku.. pantai dlm..anaknya panjat sinki..koyak betis... tapi sayang..pendarah ...
ADVERTISEMENT