CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Demi Tradisi, Kereta Lembu Kembali Di Melaka - Dah Sama Macam Penyeksaan Gajah Di Thailand?

26-6-2019 12:36 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6509| Komen: 41|Original author: Oleh: Shimmer Shine

Description: "Kita kutuk Thailand yang gunakan gajah untuk tarik pelancong, tapi apa bezanya dengan kita yang guna kereta lembu?"Ditenggelamkan oleh isu-isu lain yang lebih tular, namun tidak bermakna masalah ...





"Kita kutuk Thailand yang gunakan gajah untuk tarik pelancong,
tapi apa bezanya dengan kita yang guna kereta lembu?"

Ditenggelamkan oleh isu-isu lain yang lebih tular, namun tidak bermakna masalah ini harus dipandang sebelah mata.

Warganet resah apabila menyaksikan sebuah video yang memaparkan seekor lembu membawa muatan (dipanggil kereta lembu) terjatuh hingga keempat kakinya berlipat. Kemudiannya lembu tersebut dipaksa untuk berdiri bagi meneruskan kerjanya kembali. Adegan tersebut sangat menyayat hati mereka yang melihatnya secara langsung mahu pun di media sosial. 


Apatah lagi mendengar ura-ura bahawa kerajaan Melaka akan menjadikan ianya sebagai antara tarikan pelancong lebih membuatkan warganet bimbang dengan situasi tersebut. Sementelah penggunaan kereta lembu pada zaman dahulu tidak boleh disamakan dengan zaman sekarang kerana perbezaan faktor geografi dan sebagainya.

Jika kita pernah mengkritik Thailand kerana mendera gajah semata-mata untuk dinaiki pelancong, jadi apa bezanya dengan kita?


Kredit foto: FB

Dahulu kereta lembu adalah satu-satunya kenderaan yang digunakan untuk bertani dan juga mengangkat barang. Namun setelah zaman berlalu dengan kecanggihan teknologi, kereta lembu hanyalah tinggal dalam sejarah sahaja. Ia mungkin tradisi yang harus dikenang tetapi tidaklah sehingga menyeksanya sebegitu rupa.
Apatalah lagi, kita akan memasuki tahun 2020 yang diwar-warkan mempunyai kereta terbang, jadi perlukah kita menyokong penggunaan kereta lembu ini lagi?
Kredit foto: Facebook

Selain itu, faktor manusia itu sendiri memainkan peranan. Ini kerana dahulu manusia bersaiz kecil hingga tidak membebankan lembu kala membawanya. Namun dengan saiz yang semakin besar, ia sebenarnya menyiksa haiwan tersebut.

Ramai warganet mendesak agar kerajaan Melaka tidak meneruskan idea kereta lembu yang dianggap lapuk, kolot serta tidak sesuai untuk zaman sekarang.

Kredit foto: Facebook

Jika adat tradisi mahu dipertahankan, mengapa binatang sahaja yang terkena tempiasnya? Sedangkan dahulu ada juga lanca (kereta yang ditarik oleh manusia) tetapi tidak diperkenalkan kembali atas nama menarik pelancong?

"Sis Maya Karin, tolong tegur sikit."
Sebagai pencinta alam semulajadi yang berpengaruh, selebriti Maya Karin turut diseru oleh warganet lain agar menegur perkara yang tidak sepatutnya berlaku ini. Diharapkan dengan pendedahan ini, kita menggunakan kuasa sebagai warganet bagi mendesak kerajaan untuk membatalkan idea yang hanya menyiksa binatang itu. Kita tidak mahu lagi ada binatang yang akan mati hanya kerana memuaskan nafsu dan akal sejengkal sahaja. - CARI 



Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orgsepang 26-6-2019 12:50 PM
Tak perlulah, kesian lembu tu dan lagi kalau lembu tu terberak sapa kena bersihkan?
Quote zarulnazmi 26-6-2019 12:51 PM
Tiada keperluan untuk menghidupkan tradisi jika berlaku penyiksaan terhadap haiwan.
Quote Artemesiaa 26-6-2019 12:57 PM
E;pl diletakan di kawasan padang saja macam dulu tak perlulah hingga dipaksa berjalan dijalanraya yang tak sesuai dengan kakinya tu
Quote CikB 26-6-2019 12:58 PM
mungkin boleh dipamerkan saja ke...x perlu dijadikan kenderaan....pelancong2 blh kenal mcmana kereta lembu & setakat duduk2 bergambar saja
Quote Boomibulat 26-6-2019 01:01 PM
Lembu pn dh mcm manusia..dh sekuat zmn dulu2.
Quote VioletsAre_Blue 26-6-2019 01:02 PM
Sama jugak dengan kereta kuda
Quote Boomibulat 26-6-2019 01:02 PM
Lembu pn dh mcm manusia..dh tak sekuat zmn dulu2.mgkn faktor pemakanan jgk
Quote pearl.silver 26-6-2019 01:20 PM
I ingat dulu cikgu ckp lembu yg tarik kereta ni dimandulkn.. Kang tgh usung kereta dia nmpk lembu betina dah kelain dibawanya kereta tu..
Quote crazybeach 26-6-2019 02:13 PM
buat kek? lembu2 buat kek? ape benda buat kek tu? refer kat tompok2 keluaran lembu kah? iols google kek lembu keluar macam kat india nih

Quote Simunggu 26-6-2019 02:20 PM
marah lah kaum kasta tuhan mereka jadi ulun..
Quote pokaibanktokyo 26-6-2019 02:42 PM
Yeah. Tradisi menyerlahkan kelemahan minda minda dungu yang mentadbir negeri melaka terus dihidupkan
Quote rospinki 26-6-2019 02:48 PM
taksesuai dh dgn keadaan skrg..zmn dulu atas tanah landai..rumput hutan ttebal..skrg tiada lagi smua tu mesti memberi kesan pada lembu kepanasan dan suasana keliling. cuba hang jadi lembu rasa cemana.
Quote kucingitam 26-6-2019 03:22 PM
ya betul..lembu dulu jalan atas tanah, rumput..yang ni dibantainya atas jalan tar..panas la woi..
Quote badaksumbu 26-6-2019 03:32 PM
elok lembu2 tu digantikan dgn exco2 negeri melaka tu, tak pun ganti dgn menteri2 ph

Quote fff_cat 26-6-2019 05:21 PM
Kejamlah lembu berpanas tarik muatan berat. Heatsroke boleh bawak maut nanti. Dan jugak taik2 lembu akan bertebaran di atas jalan. Jenuh nanti kereta nak elak.
Quote grouper 26-6-2019 05:27 PM
Kete lembu dulu2 ringan je kayunya xde jadi beban sgt kat lembu..yg dlm gambar tu dh berapa tan beratnya
Quote Victorioussss 26-6-2019 06:30 PM
Fakk

Pakai lak jalan utama
Bertambah jem la bandar tu
Quote CiliPadiSedap 26-6-2019 06:44 PM
Grab kan ada?letak kereta lembu belakang grab kan boleh? Pe bodoh piang sgt ni?
Quote CiliPadiSedap 26-6-2019 06:45 PM
pearl.silver: I ingat dulu cikgu ckp lembu yg tarik kereta ni dimandulkn.. Kang tgh usung kereta dia nmpk lembu betina dah kelain dibawanya kereta tu..

Sis vokuru dulu naik kereta lembu pakai baju merah. Kasihan dia kena sondol berlubang bontot dia.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.053357 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top