Nadya Syahera dan suami sekarang ini sedang berdepan dengan keretakan rumah tangga. Pelakon tersebut sebelum ini mendakwa suaminya, Fizul Nawi tak balik rumah sebulan kerana bercinta dengan adik seorang pengasas kosmetik.
Baru-baru ini Nadya terkejut sebab Fizul ada membuat poll, bertanya netizen perlu bercerai ke tidak. "Saya memang terkejut apabila diberitahu Fizul meminta netizen untuk mengundi sama ada nak bercerai atau tidak menerusi Insta Story dia. "Tak tahu apa niat sebenar dia buat macam tu. Sebab selama ini dia tak pernah kata nak cerai tapi ada la juga bagi bayangan seakan nak ke arah itu," katanya kepada mStar Online.
Tambah Nadya mungkin ketika itu suaminya tengah marah dan tak boleh berfikir secara rasional. Logik la agaknya, sebelum ini Fizul kesal sebab Nadya dianggap menjatuhkan maruah dirinya dan keluarga apabila menuduh dia berlaku curang.
"Saya bukan nak jatuhkan maruah suami sendiri. Apa yang saya buat ni nak mengajar dia dan wanita yang suka menyondol suami orang." Harap cepat selesailah ya. Macam tak matang pula, siap buat undian. Macam pilihan raya pula eh? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|