Seorang warga Bangladesh yang digelar 'Lelaki Pokok' ekoran ketumbuhan seperti kulit pokok pada tubuhnya mahu kedua-dua tangannya dipotong kerana dia tidak mampu lagi menanggung kesakitan yang teramat sangat. Memetik laporan AFP pada 24 Jun, Abul Bajandar yang menderita sejenis penyakit aneh telah menjalani sebanyak 25 pembedahan bagi membuang ketumbuhan dari tangan dan kakinya sejak 2016. Para doktor percaya mereka telah menyembuhkan lelaki berusia 28 tahun itu tetapi dia dimasukkan semula ke hospital pada Januari lalu kerana keadaannya semakin teruk dengan sebahagian ketumbuhan membesar sebanyak beberapa sentimeter. "Saya tidak sanggup menanggung kesakitan lagi. Saya tidak dapat tidur pada waktu malam. Saya meminta doktor memotong kedua-dua tangan saya supaya saya berasa lega," kata bapa kepada seorang anak itu. Ibunya, Amina Bibi turut menyokong rayuan anaknya itu kerana penyakit yang dialami Abul semakin parah. Ketua Pakar Pembedahan Plastik Hospital Kolej Perubatan Dhaka, Samanta Lal Sen berkata, Abul berhak memberi pandangan namun pihak hospital akan melakukan yang terbaik untuknya. Abul mengalami penyakit epidermodysplasia verruciformis iaitu sejenis keganjilan genetik yang juga dikenali sebagai 'sindrom orang pokok'. Dia mahu ke luar negara untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik tetapi tidak mempunyai wang untuk membiayai kos perubatannya. Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menyatakan komitmen untuk memberi rawatan percuma kepada Abul selepas kisahnya diberi liputan meluas oleh media tempatan dan antarabangsa. Semoga Abul dapat disembuhkan daripada penderitaan yang ditanggungnya agar dia dapat hidup seperti seorang lelaki yang normal. - CARI
|
ifanonline replied at 26-6-2019 11:34 AM
mcm mana la dia bermasturbasi?
Asdan replied at 26-6-2019 11:49 AM
cuba sesiapa di sini inform dr amalina, mana tahu dia boleh membantu,
ifanonline replied at 26-6-2019 11:34 AM
mcm mana la dia bermasturbasi?
ADVERTISEMENT