CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mat Sabu Gagal Jumpa Tun M Di London, Apa Motif Salahkan MAS?

25-6-2019 10:51 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5090| Komen: 24|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Kredit foto: Arab News


Tindakan Pejabat Menteri Pertahanan mengeluarkan kenyataan media untuk menegur Malaysia Airlines (MAS) berhubung isu kelewatan pesawat yang dinaiki Mohamad Sabu nampaknya memakan diri sendiri.

Ramai netizen mempersoalkan kewajaran kenyataan yang menyalahkan MAS atas kegagalan Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu untuk bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di London, United Kingdom seperti yang dijadualkan pada 16 Jun lalu.


Kredit foto: Facebook rasmi Menteri Pertahanan

Mohamad Sabu merakamkan kenangan bersama Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly serta pegawai-pegawai tinggi tentera kedua-dua negara. 

Kredit foto: Kementerian Pertahanan

Pejabat Menteri Pertahanan kesal kerana pesawat MAS berlepas dari Kuala Lumpur dua jam 30 minit lebih lewat daripada waktu yang dijadualkan pada 15 Jun.

Kenyataan itu menyebabkan Mat Sabu ditempelak netizen yang rata-ratanya mempersoalkan mengapa beliau terlalu kemaruk untuk berjumpa dengan Dr Mahathir di London sedangkan mereka boleh berbuat demikian di Putrajaya.


Kredit foto: Facebook

Mereka juga percaya MAS mempunyai alasan kukuh untuk menunda masa perlepasan pesawat terbabit seperti melakukan penyelenggaraan.

Malah, ada yang memuji tindakan MAS kerana lebih mengutamakan keselamatan pesawat dan penumpang berbanding rungutan seorang menteri Kabinet yang tergesa-gesa mahu memenuhi temu janjinya.


Kredit foto: Facebook

Netizen turut mempertikaikan sama ada perlu bagi Pejabat Menteri Pertahanan untuk mengeluarkan kenyataan tersebut memandangkan isu yang dibangkitkan dianggap remeh.

Sedangkan, kata mereka, ada banyak lagi isu pertahanan negara yang perlu ditangani dan lebih penting berbanding masalah kelewatan penerbangan yang dialami Menteri Pertahanan itu.


Kredit foto: Facebook

Tidak semua rungutan boleh disuarakan secara terbuka lebih-lebih lagi melalui media sosial kerana jika tidak kena gayanya, memang teruk dijadikan bahan lawak oleh netizen. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HannahMontana 25-6-2019 11:00 AM
astaghfirullah al 3azeem.

sia-sia kita ada grad dan bijak pandai dlm negara ,yg sebegini juga dilantik jadi menteri berbekalkan pengalaman memasak kari ikan .
Quote RatuDunia94 25-6-2019 11:12 AM
Gediknya sampai nk jumpa kat London??
Kalau penting sangat call je la.. apa kat malaysia x boleh jumpa ke?
Quote CiliPadiSedap 25-6-2019 11:37 AM
Ni je level menteri kulinari xgrad uitm. Sedih
Quote sfrnna 25-6-2019 11:39 AM
Group WhatsApp takda ke nak bgtau? Buat official letter ke mas senyap2 dah ler. Ke dah kena marah dgn atok sbb tu terpaksa buat statement bodoh ni?
Quote EmaAsmadi 25-6-2019 12:10 PM
Mat sabu nak jadi clown kat london
Quote qistiena 25-6-2019 01:18 PM
hahaha....lawaklah...
bole masuk MahaRaja Lawak Mega dah nie...

sure ramai yg undi...
Quote Miss.Rara 25-6-2019 01:44 PM
takkan nak jumpa atok kat putrajaya tak pribesi kot sampai kat london nak pi jumpa??

huk alohhh
Quote fly_in_d_sky 25-6-2019 02:20 PM
senang cerita
aku menteri suka hati aku nak buat apa
Quote cyber_mania 25-6-2019 02:38 PM
Hai la. Xperlu kut sampai nk buat official statement whatsoever tu.
Quote Melorqe 25-6-2019 02:47 PM
mat sabu takut dpt surat tunjuk sebab kenapa tak jumpa pm spt yg dijanjikan. jadi dia awal2 buat surat tunjuk sebab kat MAS. hahahahaa
Quote saviour_09 25-6-2019 02:57 PM

apa motif untuk kementerian pertahanan buat statement macam ni?
Quote tagas 25-6-2019 04:37 PM
atok balik mesia nnti borak bincang la puas2 kat mapley 24 jam
Quote hussaini4675 25-6-2019 07:22 PM
MAS dah keluar statement mintak maap pulak
Quote danieladam 25-6-2019 07:57 PM
Bahalol nya menteri cap ayam ni
Quote nono86 25-6-2019 08:25 PM
Hmmm. Menyedihkan..  membazir tiket flight singah sana sini.
Quote giyomi 25-6-2019 08:59 PM
Iol dun bother about this menteri, tp akak marah jgk klu flight akak tertunda...as an airliner, you should have done thorough check a week or a day before, bukan last minute check. It's an airline for pete's sake.
Quote giyomi 25-6-2019 09:00 PM
Iol dun bother about this menteri, tp akak marah jgk klu flight akak tertunda...as an airliner, you should have done thorough check a week or a day before, bukan last minute check. It's an airline for pete's sake.
Quote mizzmimi 25-6-2019 10:12 PM
Whatsapp je tak boley ke? Sabun betoi
Quote mizzmimi 25-6-2019 10:16 PM
Ingatkan anak wak maslan tu dah habis hauk dah, tu pon kira pandai gak belajo. Ini.. Sedeyyy

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050026 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top