Selepas bercinta, pasti kita mahu melangkah ke peringkat yang seterusnya iaitu pertunangan. Dalam masa yang sama, sebagai wanita pasti berharap agar mempunyai hubungan yang baik dengan bakal keluarga baru iaitu keluarga mertua. Bila dah sampai masa nak sarung cincin tunang, datang juga ketarnya ya. Sama seperti gadis yang tular di Twitter ini apabila tangannya menggigil ketika menunggu ibu mertuanya menyarung cincin tunang. Tapi ternyata bakal ibu mertuanya sangatlah baik dan memberi semangat dengan bertutur, "Tak ada ujian apa apa sayang" dengan lembutnya. Gadis ini pun ternyata bersyukur kerana mendapat bakal ibu mertua yang lembut dan baik hati. Memang mertua idaman para gadislah! Para netizen yang melihat video ini rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada gadis ini kerana mempunyai bakal mertua yang lembut dan baik. Tak kurang juga netizen yang berkongsi bahawa mereka juga mengenali ibu mertua gadis tersebut dan mereka turut mengakui bahawa ibu mertuanya itu sememangnya lembut sejak dari dahulu lagi. Untungnya! -CARI
|
ADVERTISEMENT