Penyanyi muda Ismail Izzani, 19, sememangnya menjadi kegilaan ramai anak gadis pada masa kini. Kalau anda perasan, dahulu Ismail kelihatan kurus dan comel sahaja semasa baru memulakan karier nyanyiannya.
Tapi kini, Ismail telah matang dan mengalami perubahan pada tubuh badan yang ketara. Dah jadi abang sado! Menerusi Harian Metro, Ismail mengakui selepas sahaja melalui transformasi, ada juga peminat yang tanpa segan silu mempelawanya bermalam bersama dan menghantar mesej berbaur lucah.
"Saya tak nafikan ada menerima pelbagai mesej lucah daripada individu tidak dikenali. Kebanyakannya menghantar mesej di media sosial. "Antara mesej paling mengarut apabila ada yang mengajak saya bermalam bersamanya. Katanya, dia sanggup bayar saya hingga RM500," katanya. Pun begitu, penyanyi muda ini tidak cepat melatah dan menganggap ia sebagai lumrah kehidupan sebagai seorang anak seni. "Bagi saya, ini benda biasa dalam hidup artis. Jadi, saya cuma baca dan mampu ketawa sahaja setiap kali ada mesej mengarut sebegini," tambahnya lagi. Jangan terkejut kerana Ismail menceritakan bahawa dia bukan sahaja menerima mesej berbaur lucah, bahkan ada peminat yang pernah mengekorinya sehingga ke tandas! Tak malu ke hantar mesej lucah? Ismail Izzani sahaja pun. - CARI |
EvieWanKenobi replied at 25-6-2019 02:46 AM
murahnya RM500..
RatuDunia94 replied at 25-6-2019 11:22 AM
Offer 500 memang lah.. cuba offer 500K.
ADVERTISEMENT