Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan merogol seorang warga emas. Bagaimanapun tertuduh mengaku tak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sabri Ismail.
Harian Metro melaporkan tertuduh didakwa merogol seorang wanita berusia 62 tahun yang juga saudaranya di rumahnya di Seksyen 18, Shah Alam pada 8 Jun, 10.30 malam sehingga 3.30 pagi keesokan harinya. Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun serta sebatan. Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah memohon agar tiada jaminan diberikan terhadap tertuduh kerana mangsa adalah saudaranya.
“Tertuduh juga mengetahui tempat tinggal mangsa dan mengelakkan dia mengganggunya sebagai saksi kes ini. “Selain itu, tertuduh juga ada tiga pertuduhan lain di Mahkamah Majistret." Tertuduh turut menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 342, Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.-CARI
|
imransulaiman replied at 24-6-2019 07:45 PM
Kalau dari 10.30pm sampai 3.30am, berkemungkinankah suka sama suka?
Nokiaman replied at 24-6-2019 08:16 PM
Ummah..Melayu ke nie?..
Seperti Biasanya laaa
miszclassique replied at 24-6-2019 07:56 PM
Nak cakap nenek tu birah ke?
Malaysia.Doom replied at 24-6-2019 08:22 PM
Iye...lepastu nanti dia ajar Kita hukum Agama.
honeybee1802 replied at 24-6-2019 08:34 PM
Aiii.. Awat dia tak sebut nama???
ADVERTISEMENT