Burung helang merupakan burung yang mempunyai jangka hayat lama. Tetapi, helang terpaksa melalui satu fasa kehidupan yang amat menyiksakan dirinya demi meneruskan kelangsungan hidup.
Siapa tahu apa yang burung helang lalui untuk terus hidup?
Pada hayat 40 tahun, burung helang tidak lagi mampu untuk terbang tinggi dan tidak lagi mampu untuk berburu kerana bulu dibadan dan sayapnya terlalu tebal membuatkan ia tidak mampu terbang tinggi. Paruh burung helang pun akan membengkok oleh kerana faktor usianya yang makin lanjut. Jadi, helang akan duduk di pinggiran gunung dan melalui satu fasa dimana dia mencabut seluruh bulu yang ada pada badan dan sayapnya. Manakala, burung helang juga perlu mematahkan paruhnya yang membengkok supaya dia boleh terus memburu. Bayangkan betapa sakitnya burung helang pada usia 40 tahun. Dia ada pilihan sama ada untuk membiarkan dirinya mati kelaparan atau melalui proses yang menyakitkan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Begitulah hidup kita. Kita perlu melalui satu fasa yang menyakitkan sebelum kita boleh terbang tinggi kembali. Jika kita tidak diuji, adakah kita akan belajar erti bersyukur? Ujian didatangkan untuk mematangkan diri, bukan untuk mematahkan semangat hidup kita. - CARI |
ADVERTISEMENT