CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Maafkan Saya" - Posmen 'Tercampak' Bungkusan Sampai Ke Atap Rumah

24-6-2019 12:00 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 5427| Komen: 23|Original author: Oleh: Nia M

Bukan mudah menjadi seorang posmen. Lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan pembelian secara atas talian atau lebih dikenali dengan online shopping, kerjaya posmen semakin mencabar.

Terkini, seorang wanita di Sydney terkejut apabila mendapati bungkusan pos miliknya berada di atas bumbung rumah mereka. Wanita yang dikenali sebagai Merryl Lloyd itu menceritakan dia dan kawan-kawannya baru sahaja pulang dari membeli-belah pada waktu itu.

7News Australia

Kemudian, dia menyedari ada sekeping nota penghantaran pos yang diselitkan di bahagian bawah pintu rumahnya. Apa yang menggelikan hati ialah isi kandungan nota tersebut, lalu dia mendongak untuk melihat atap rumahnya dan mendapati terdapat satu bungkusan pos di situ.

7News Australia

Isi kandungan nota yang ditinggalkan posmen itu berbunyi, "Saya tidak sengaja tercampak bungkusan itu tinggi hingga ke bumbung rumah awak. Saya mohon maaf. Mungkin boleh gunakan penyapu untuk turunkannya."


7News Australia

Mujurlah cadangan posmen itu berhasil apabila Merryl berjaya membawa turun bungkusan itu menggunakan sebatang mop lantai. Merryl juga bernasib baik kerana isi kandungan bungkusan itu hanya sehelai jaket dan bukan barangan mudah pecah. 


7News Australia


Merryl menasihati orang ramai agar memeriksa bumbung rumah masing-masing sekiranya bungkusan pos tidak sampai-sampai! - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-6-2019 12:03 PM
Comel je nota dia..
Quote yuki812 24-6-2019 12:05 PM
posmen ni ingat mcm latihan lontar peluru ke..lempar cakera kot..

ni kalau kat msia..confirm viral 44 hari ni...

Quote Pink_Purple 24-6-2019 12:09 PM
nota ditinggalkan dengan cadangan sekali
Quote Boomibulat 24-6-2019 12:10 PM
Nsb baik bkn kat kat msia
Quote Artemesiaa 24-6-2019 12:36 PM
Nasib pekerja pos kat Malaysia tak sebegitu kalau tak ada orang kat rumah boleh collect di pejabat pos berhampiran
Quote prettyuglybabe 24-6-2019 12:40 PM
tak kena acknowledge receipt ke?
lebih kurang malaysia gak la pos nya
Quote Malaysia.Doom 24-6-2019 12:48 PM
Tapi Kat Sana sangat berbudi bahasa ye berbeza dengan Third World Country macam Malaysia
Quote ainashiqa 24-6-2019 02:42 PM
Klu kat malaysia ni siap masuk dlm buletin utama ni.. Siap front page lg
Quote miminn 24-6-2019 03:36 PM
adoi barang apa tu dibaling tinggi.
Quote CiliPadiSedap 24-6-2019 03:38 PM
Nasib baik rumah kaka bumbung minagkabau, posmen campak terus masuk almari
Quote matchstick 24-6-2019 03:41 PM
Malaysia.Doom: Tapi Kat Sana sangat berbudi bahasa ye berbeza dengan Third World Country macam Malaysia


Apa tunggu lg..pegi lah pindah sana cepat
Quote chinta89 24-6-2019 04:31 PM
so, viral ke kat negara deols? berapa ribu juta perkongsian
Quote ikanmasin 24-6-2019 04:36 PM
serba salah lah posmen tu.nsb baik dia tulis nota gak
Quote gujiwa 24-6-2019 04:38 PM
yang penting mintak maap.. hihihih
Quote CikB 24-6-2019 06:04 PM
gujiwa replied at 24-6-2019 08:38 AM
yang penting mintak maap.. hihihih

betul tu bila mintak maaf, sejuk sikit hati
Quote makita 24-6-2019 07:07 PM
Msa posa ritu posmen msg kta umah xde org jd dia tgalkan parcel kt gate.
Bila pegi tgok, xde pon parcel dan kt umah mmg ada org. So msg balik.
Tros posmen tu dtg amek parcel kt jiran sebelah yg mmg xde org hahaha tp mmg tgok muka posmen tu mcm gelabah gak la tersalah rumah.
Quote scorpionkiki 24-6-2019 07:17 PM
Malaysia.Doom replied at 24-6-2019 12:48 PM
Tapi Kat Sana sangat berbudi bahasa ye berbeza dengan Third World Country macam Malaysia

Third world country pun org bugis dok menempel kannnn
Quote disneyrecess 24-6-2019 08:05 PM
Meols still suka Malaysia punya sistem, atleast if meols xde kat rumah deols tinggalkn acknowledge note utk dtg collect sendiri brg or re-arrange delivery. Now meols duk condo deols tinggalkan kt security kt lobi. Secure hahh.. kt sana deols tinggalkan je parcel, sebesar alam ke hape. Hilang ke hape pepandai la. Meols tgk kt utube byk giler footage deols gigih mencuri parcel org sbb deols mostly rumah xberpgr hahhh
Quote Mary_jane 24-6-2019 08:11 PM
Snap lah picca betul2. Ketepi dah mata i membelek nota tu. Haha mohon abg posmen jangan terlebih baling.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.140757 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top