CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Tahan Nak Terkentut? Kini Anda Boleh Tapis Kentut Dengan Pad Arang Ini

24-6-2019 10:48 AM| Diterbitkan: mdzansaari| Dilihat: 4391| Komen: 12|Original author: Oleh: MBS

Description: Pad arang ini nipis dan mudah digunakan menapis bau kurang enakBerita baik untuk kaki kentut. Kini anda tidak perlu lagi berhempas pulas menahan letusan angin anda di khalayak ramai dengan produk inov ...
Foto: FLAT-D INNOVATIONS


Berita baik untuk kaki kentut. Kini anda tidak perlu lagi berhempas pulas menahan letusan 'bom beracun' anda di khalayak ramai dengan produk inovasi terbaharu ini.

Dengan kecanggihan teknologi kini, anda boleh mendapatkan pad arang penapis kentut ini di laman Amazon.

Cara menggunakannya juga cukup mudah, hanya perlu 'lapiskan' pada seluar dalam anda, sama seperti pemakaian tuala wanita. Bagaimanapun, ia diletakkan letak di bahagian belakang (punggung). 

Risau ternampak seperti ada benjolan di bahagian punggung anda? Jangan bimbang kerana rekaan pad ini sangat nipis dan selesa!




Arang memang digunakan dalam pelbagai industri sebagai penapis. Di kebanyakan hotel, ia sangat efektif menapis bau kurang enak di bilik tetamu atau bilik persidangan seperti bau asap rokok dan sebagainya.

Kentut pula sebenarnya bagus untuk kesihatan kerana ia mengeluarkan gas dari sistem pencernaan, sekaligus mengelakkan anda berasa kembung. Namun, pelepasan gas sewenang-wenangnya boleh menyebabkan pencemaran bau di kawasan berhampiran.

Mungkin anda pernah mengalaminya ketika berada di pejabat, dalam lift, kereta dan sebagainya. Pengalaman yang kurang menarik bukan? Bayangkan ia terjadi di saat saat kritikal seperti ketika mesyuarat dan sebagainya. Kasihan pada orang lain yang terpaksa menahan nafas!

Foto: Amazon

Cuma ketika ini harga ditawarkan agak mahal. Semakan di laman Amazon.com mendapati pad penapis kentut menggunakan arang ini berharga ASD32.21 RM133.50) setiap set. Jadi, sanggupkah anda menghabiskan lebih seratus ringgit semata-mata untuk menapis kentut anda? - CARI


3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • zakeynt_o

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 24-6-2019 11:02 AM
Soundproof sekali tak? Kalau kentut bunyi tu i lagi malu ok. At least bau tu boleh buat muka tak bersalah sebab taktau sape yang kentut
Quote CikB 24-6-2019 11:27 AM
mcm2 la...
Quote tuberoses 24-6-2019 11:34 AM
ayoo penapis bau kentut.....
Quote Artemesiaa 24-6-2019 01:15 PM
Macam2 idea pencipataan.  Tapis bau mungkin berjaya tapi mungkin tak mampu tapis bunyinya
Quote ikanmasin 24-6-2019 02:41 PM
kalau tak kalis bunyi pun tak guna kan..dah kalau jenis yg
kentut mcm bom tu naya tau
Quote cmf_premierleag 24-6-2019 03:23 PM
miszclassique replied at 24-6-2019 11:02 AM
Soundproof sekali tak? Kalau kentut bunyi tu i lagi malu ok. At least bau tu boleh buat muka tak ber ...

kalo x soundproof, masa kentut tu ko acah la batuk kuat2
Quote cm_asamkumbang 24-6-2019 03:44 PM
cmf_premierleag replied at 24-6-2019 03:23 PM
kalo x soundproof, masa kentut tu ko acah la batuk kuat2

based on own experience ka camana
Quote Bee_hwa 24-6-2019 04:44 PM
Ni silap2 bunyi kentut makin pelik jadinye pulak..tekepit
Quote miszclassique 24-6-2019 05:49 PM
cmf_premierleag replied at 24-6-2019 03:23 PM
kalo x soundproof, masa kentut tu ko acah la batuk kuat2

iols salu terkentut time tengah terbahak bahak gelak tu pehhh malu sey. Tak dapat nak cover dah
Quote najib888 26-6-2019 11:41 PM
Salah satu dari beribu2 invention yg mengarut. Idea tak bagus mana, practicality? Hmmm
Quote cikcikebom 27-6-2019 08:56 AM
tq tt bg info
Quote Winona888 27-6-2019 07:10 PM
Buat rimas ja la nk kulu kiliaq...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.091318 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top