|
Tiba di Sandakan tapi tak tahu nak makan apa dan di mana? Old Hong Kong yang terletak di Batu 8, Sandakan merupakan pilihan yang mungkin anda cari. Kedai ini terletak berdekatan dengan
MU Superstore dan Servay Sandakan di Batu 8. Penulis sering makan di kedai ini dengan buddy. Jadi menulis artikel ini untuk kongsi-kongsi. Kopitiam ini nampak biasa, tetapi semua harga makanannya berpatutan, staf juga mesra dengan senyuman. Memang tempat yang patut dikunjungi.
Mangga Ais (Sumber foto: LSX) Mangga yang manis dan banyak, dengan
blended ais, gula kelapa dan susu cair. Enak sekali! Saya dan buddy saya memang
peminat setia ais mangga kedai ini! Lauk di bawah pernah penulis cuba.
Semuanya sedap! (Banyak lagi yang belum lagi cuba) Nasi Ayam Nam Heong (Sumber foto: LSX) Ayam goreng dengan bawang besar, halia dan kuahnya yang pekat, memang sedap dimakan campur nasi! RM 6.50 saja! Nasi Ayam Thai (Sumber foto: LSX) Ayam goreng dengan timun, tomato, cili padi dan sos thai! Memang cukup rasa! Berpatutan dengan harga RM 6.50 sepinggan Memang berbaloi makan di sini. Aramaiti! #OldHongKongSandakan. - CARI |
eyansss replied at 25-6-2019 09:01 AM
sandakan, banyak ketam nipah n udang galah besau2... murah pulak tu... best wooo kat sana...
cu ...
azelinaputeri replied at 25-6-2019 12:40 PM
sedapnya sea food yg fresh
shernazz replied at 24-6-2019 04:59 AM
Tgk makanan dia
Cm kat.manila je..hhw


Jorja replied at 24-6-2019 06:11 AM
Jangan lupa Cari roti kahwin

Lengkong replied at 29-6-2019 05:52 AM
Tengok gambar..mangga ais sejuk je

puanbintang replied at 5-7-2019 03:45 AM
tertarik dekat nasi ayam thai tu..macam sedap je

eyansss replied at 25-6-2019 09:01 AM
sandakan, banyak ketam nipah n udang galah besau2... murah pulak tu... best wooo kat sana...
cu ...
1114liew replied at 6-7-2019 02:20 PM
bole cuba, mmg sedap
hatikosong replied at 14-7-2019 03:47 PM
Sis..
ADVERTISEMENT