CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditetak Pakcik Kekasih Sebab Tuntut Hutang

21-6-2019 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2717| Komen: 9

Tindakan lelaki menuntut hutang membawa padah apabila dia cedera ditetak bapa saudara kekasihnya.

Menurut portal Utusan Borneo seperti dipetik Utusan, kejadian berlaku kira-kira jam 6.25 petang di Sibu, Sarawak, kelmarin menyebabkan mangsa, 31, cedera berdekatan siku kirinya.



Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa sebelum suspek berusia 52 tahun itu ditahan di sebuah kedai kopi di Jalan Long Bridge jam 4 pagi, semalam.

Dalam kejadian, mangsa bersama teman wanitanya bertemu bapa saudara wanita itu di rumahnya untuk menuntut hutang RM30,000 yang dipinjamkan kepada suspek sejak 2017.

“Apabila pengadu (mangsa) datang ke rumah untuk berbincang, suspek naik angin dan bertindak mengambil parang lalu melibasnya ke arah mangsa.

“Libasan itu terkena lengan kiri mangsa mengakibatkan kecederaan. Kejadian itu turut disaksikan teman wanita mangsa sebelum suspek melarikan diri,” katanya.

Akibat kecederaannya itu, mangsa menerima lima jahitan di sebuah pusat perubatan pakar.

Suspek yang ditahan mengakui mencederakan mangsa dengan parang berkenaan yang kemudian dibuangnya ke sungai Jambatan Hulu Lanang.

Tambah Stanley, suspek akan menjalani ujian saringan air kencing dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan parang. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missycutie 21-6-2019 01:37 PM
Kesian pemberi hutang. Tuntut duit sendiri pun kena tetak.
Quote Artemesiaa 21-6-2019 02:46 PM
Sebab tu zaman sekarang orang takut nak jadi pemberi pinjaman bila nak mintak pinjaman dipulangkan macam2 masaalah timbul yang kadang sampai tahap yang membahayakan
Quote nononcrux 21-6-2019 04:04 PM
wah dah kasi pinjam kena tetak plak.. bangsa ape ni
Quote leylapple 21-6-2019 04:38 PM
nononcrux replied at 21-6-2019 04:04 PM
wah dah kasi pinjam kena tetak plak.. bangsa ape ni

samada cina foochow atau iban. 2 bangsa nie jer yang jenis ekstreme kat sibu
Quote arm_band 21-6-2019 07:33 PM
nyesal bagi hutang!
Quote chinta89 23-6-2019 01:01 PM
Artemesiaa replied at 21-6-2019 02:46 PM
Sebab tu zaman sekarang orang takut nak jadi pemberi pinjaman bila nak mintak pinjaman dipulangkan m ...

btl tu, kita yg nk minta hutang ni mcm kita plk yg bsalah. salah mintak duit kita sendiri, perli2 dan dpt pakej sakit kena pukul extra maki hamun.
Quote buapakperut 23-6-2019 01:13 PM
Ni jam nak tuntut hutang kene pakai anti stab punya baju
Quote slavehunter 23-6-2019 01:20 PM
Artemesiaa replied at 21-6-2019 02:46 PM
Sebab tu zaman sekarang orang takut nak jadi pemberi pinjaman bila nak mintak pinjaman dipulangkan m ...

Ada dua jenis category, satu memang nak pinjam dan bayar balik cepat atau lambat. Satu lagi adalah niat dia nak paw jer tapi kata pinjam, dah dapat duit dia taknak bayar balik. Setelah beberapa kali...aku baru tersedar aku selalu kena type yang kedua.
Quote ikanmasin 23-6-2019 01:59 PM
kesian yg memberi hutang yg kene tetak..yg berhutang takde malu..
siap menetak lg..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.064557 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top