Cawangan kedai dari Jepun iaitu Family Mart semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Kebanyakan cawangan kedai ini hanya boleh didapati sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Atas permintaan ramai, Family Mart bakal membuka beberapa cawangan baru di negeri-negeri lain.
Berita gembira buat warga Negeri Sembilan apabila Family Mart turut membuka cawangannya di Nilai baru-baru ini. Baru sahaja nak bergembira, tapi ada yang dah buat onar dekat francis berkenaan. Apa dah jadi? Tular di Twitter apabila seorang remaja kelihatan dengan sengaja memicit makanan yang berada di rak dalam Family Mart cawangan itu. Bukan itu sahaja, mereka turut mengalihkan makanan dari satu tempat ke tempat lain dan meminum minuman disitu. Netizen yang membaca kisah ini apa lagi, memang mengamuk habislah dengan tindakan kurang bijak dan biadab beberapa remaja ini. Tapi jangan haraplah para netizen nak percaya, bahkan mereka meminta bukti resit bagi memastikan kesahihan cerita remaja itu. Lebih menyakitkan hati, kononnya ingin memberi penjelasan tapi cara mereka itu kelihatan seperti kebudak-budakan dan tidak serius langsung. |
ADVERTISEMENT