Pengumuman bakal tampil dengan single baru menguatkan lagi andaian orang ramai terhadap perubahan Safiey Ilias kononnya mahu kembali ke fitrah asal adalah gimik semata-mata.
Bukan sekali, malah sudah berkali-kali rakyat Malaysia yang masih mampu berhusnuzon dengannya sebelum ini tertipu dengan usahawan kosmetik terkenal itu. Di ambang Syawal tempoh hari, Safiey kononnya nekad mengubah penampilan dengan berambut pendek dan berazam menjadi lebih baik demi nama baik keluarga terutama ibu bapanya. Selepas berkali-kali tertipu, warganet tidak lagi mempercayai 'niatnya' itu, malah mereka mempertikaikan ada sesuatu di sebalik 'perubahannya'.
Ramai juga beranggapan tindakannya itu sekadar gimik mempromosikan jenamanya. Ternyata, pengumuman mengenai single kedua berjudul Apa Salah Syinta serta bayangan seorang lelaki yang bakal berduet dengannya mengukuhkan lagi spekulasi ramai. Menerusi ruangan komen, dilihat orang ramai semakin muak dengan taktik lama digunakan untuk mempromosikan lagu itu. Aduhai Apit, dah macam pengembala dan biri-birinya pula. - CARI
|
hyie replied at 20-6-2019 08:37 PM
tak faham, apit tu nama sapa pulak ye? pening pulak membacanya..yang pasti lagu heshe pasti bakalan ...
xtravaganza replied at 20-6-2019 10:53 PM
{:smile tp nti keluar dlm yt, banyak gak view nya
ADVERTISEMENT