Hati seorang ibu hancur apabila anak lelakinya yang dicekup penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Klang di dalam rumah di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, didapati positif dadah.
Turut ditahan, teman wanita lelaki berkenaan yang berada di dalam bilik tidur. Harian Metro melaporkan, wanita berusia 34 tahun itu bersembunyi tanpa pengetahuan si ibu sejak lima hari lepas. Pasangan terbabit didapati positif dadah jenis syabu. Ketua Operasi AADK Klang, Ezwan Shahrin Saihani berkata, “Ketika operasi dijalankan dan pemeriksaan di dalam bilik lelaki berusia 33 tahun itu, anggota terkejut mendapati seorang wanita menyorok di belakang pintu bilik.
“Siasatan mendapati wanita itu tinggal di Flat Sri Perantau dan dipercayai tinggal bersama lelaki itu sejak lima hari lalu untuk menagih dadah.” -CARI
|
Dalcott replied at 20-6-2019 05:38 PM
ade org report ni
cikatilia: penah jadi dekat jiran akuanak lelaki dia rupanya dok simpan awek dlm bilik rumah kg ada pintu depan naik atas and pintu belakang umah bawah & dapor ...
cikatilia replied at 20-6-2019 05:51 PM
penah jadi dekat jiran aku
anak lelaki dia rupanya dok simpan awek dlm bilik
rumah kg ada pintu d ...
ADVERTISEMENT