Fobia merupakan sejenis penyakit berkaitan mental dengan menzahirkan rasa takut melampau terhadap sesuatu tanpa sebab jelas dan tidak rasional. Pasti antara kita ramai yang sudah terbiasa mendengar tentang fobia pada tempat sempit, fobia tempat gelap, dan fobia pada tempat tinggi bukan? Namun, tanpa kita sedari banyak lagi jenis fobia atau ketakutan lain yang dialami manusia di seluruh dunia yang mungkin tidak pernah kita dengar dan tidak menyangka ia wujud.
Jom kita lihat antara fobia unik di dunia berikut: 1. Takut mandi / membersihkan diri (Ablutophobia) Ratu Elizabeth pertama dikatakan merupakan orang paling 'bersih' pada masa itu kerana mandi sebulan sekali! Mungkin fobia ini berlaku kerana faktor cuaca di sana terlalu sejuk.
Kajian juga menunjukkan, fobia takut mandi ini menyumbang kepada perkembangan industri minyak wangi. Iyalah, tak mandi sehari pun dah busuk, apatah lagi sebulan! 2. Takut pada belon (Globophobia) Seorang lelaki bernama Hunter Ewen dari Amerika Syarikat menghidap Globophobia kerana dia begitu takut pada bunyi belon pecah, tetapi berjaya mencipta rekod dalam Guinness World Records dengan meniup belon sampai pecah paling banyak dalam tempoh 1 jam! Beliau mengatakan beliau tidak pernah meniup belon selama 15 tahun dan apa yang dilakukannya sekarang adalah satu bentuk terapi untuknya mengatasi fobia ini dengan cara yang menyeronokkan. 3. Takut pada warna UNGU! (Porphyrophobia) 4. Takut pada perkataan panjang (Sesquipedalophobia) Malah, ada yang mengalami kesukaran untuk keluar ke tempat awam kerana takut melihat perkataan panjang pada papan tanda dan papak iklan. Mereka mengalami kesukaran untuk menjalani hidup seharian kerana takut dan risau yang melampau. Mereka akan mencari pekerjaan yang kurang melibatkan mereka untuk membaca dan menulis. 5. Takut pada Kelawar (Chiroptophobia) Propaganda melalui cerita dan filem yang mewujudkan sensasi ketakutan pada kelawar sedangkan vampire seperti dalam filem itu tidak wujud dan hanya rekaan semata-mata. 6. Takut pada beratur panjang dan lama (Macrophobia) 7. Takut pada pusat (Omphalophobia) Mungkin ada peristiwa yang membabitkan pusat sehinggakan mereka trauma menyebabkan takut pusat mereka tercedera. Apabila fobia ini menyerang, simptom yang ditunjukkan adalah badan menggeletar, pening, loya, muntah, jantung berdegup dengan laju dan juga kesukaran untuk bernafas. Antara selebriti tersohor yang menghidap penyakit ini adalah Khloe Kardashian. Macam tak percaya kan? Fobia seperti ini pun wujud! Ada mana-mana fobia berikut yang bersangkut paut dengan anda atau kenalan? - CARI
|
PuanAbby replied at 21-6-2019 01:26 PM
Saya takut kucing. Memory yang menyebabkan takut kucing tu macam takda dlm ingatan. Ada pernah baca ...
PuanAbby replied at 21-6-2019 01:26 PM
Saya takut kucing. Memory yang menyebabkan takut kucing tu macam takda dlm ingatan. Ada pernah baca ...
Ada pernah baca otak pdm ingatan yang kita tak ingin ingat.
Abot replied at 23-6-2019 10:53 AM
xde pun fobia mcm aku.. tkut bnde mcm ular, cacing.. yeeekk
chinta89 replied at 23-6-2019 02:11 PM
ye btl. memori padam ape yg kita x nak ingat.
iols plk fobia lipas.
PuanAbby replied at 21-6-2019 01:26 PM
Saya takut kucing. Memory yang menyebabkan takut kucing tu macam takda dlm ingatan. Ada pernah baca ...
ADVERTISEMENT