Menggamit kenangan. Sebelum wujudnya perkembangan teknologi, permainan papan (board game) seperti Monopoly dan Sahibba sering menjadi rebutan dan mengeratkan hubungan antara rakan sepermainan. Permainan Monopoly baru, Monopoly Voice Banking kini hadir dengan teknologi canggih yang mengujakan. Kini, permainan ini ditawarkan dengan modul sistem kawalan suara selari dengan peredaran zaman. Topi AI yang mengawal suara terletak di tengah-tengah papan permainan akan menjejaki perbelanjaan setiap orang. Ia juga dikatakan mampu mendengar arahan pemain. Jadi, tiada lagi penipuan! Pembelian hartanah juga dilakukan dengan arahan suara seperti "Buy Trafalgar Square". Kesemua kad Community Chest dan Chance juga digantikan oleh modul suara dengan arahan pada kad yang dibaca oleh modul. Pemain tidak lagi memegang wang tunai kerana kesemua wang disimpan secara elektronik. Apa yang menarik mengenai pelancaran permainan terbaharu ini adalah anda tidak memerlukan telefon atau sambungan Internet untuk bermain. Sebelum ini, Hasbro juga telah melancarkan versi Ultimate Banking Edition yang hadir dengan kad kredit. Di Amerika Syarikat, Monopoly Voice Banking dijual pada harga ASD30 (RM124) dan akan berada di pasaran mulai 1 Julai. - CARI Video: Hasbro Video: Youtube
|
ninjago replied at 21-6-2019 11:58 AM
hahahahhahha yg jaga bank dah xleh nak menipu la camnie.
dedulu masa kecik main monopoly ke said ...
Artemesiaa replied at 21-6-2019 12:15 PM
Wah menarik untuk dicuba baru mencabar minda
ninjago replied at 21-6-2019 11:58 AM
hahahahhahha yg jaga bank dah xleh nak menipu la camnie.
dedulu masa kecik main monopoly ke said ...
wadiunong replied at 21-6-2019 01:33 PM
betul wei, dulu2 akak main saidina dgn sepupu2. sampai kena kejar dgn ayah akak sebabnya kitaorang ...
ninjago replied at 21-6-2019 02:40 PM
hahahahha lawak!! mesti ada kes gaduh punya kan..
yg best siap ada yg bergadai tapak semua nak ...
ADVERTISEMENT