Baru-baru ini tular dalam media sosial termasuk Facebook tentang cuaca yang sangat panas di Kuwait telah menyebabkan bampar kereta yang diperbuat daripada plastik menjadi cair. Situasi itu didakwa berlaku ketika suhu di negara yang kaya dengan hasil minyak tersebut dikatakan mencecah 62 darjah Celsius. Yang anehnya, fenomena luar biasa yang kononnya melanda Kuwait itu turut dilaporkan berlaku di Arab Saudi, Rajasthan di India dan Arizona di Amerika Syarikat serta kereta-kereta yang dipaparkan adalah serupa. Sudah tentu ada yang tidak kena dengan maklumat yang ditularkan kerana agak mustahil dua buah kereta terbabit boleh berada di empat negara berbeza namun mengalami kerosakan yang sama. Memetik laporan Alt.News pada 13 Jun, gambar tersebut sebenarnya merujuk kepada kejadian yang berlaku di Arizona pada Jun 2018. Bampar dua kereta berkenaan menjadi cair ekoran kebakaran yang berlaku di tapak pembinaan yang berhampiran. Bahang yang sangat panas dari kebakaran itu telah mencairkan bampar lebih 10 kenderaan yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian. Jadi, kerosakan itu tiada kaitan langsung dengan gelombang haba yang berlaku di Arizona semasa musim panas. Selain itu, menurut laporan Kuwait Times, suhu di Kuwait tidak pernah mencecah 62 darjah Celsius. Semak dahulu sebelum sebar kerana apa yang tular mungkin tidak benar. - CARI
|
ziezot replied at 21-6-2019 11:45 AM
Napela ada sejenis manusia gigih menipu
CikB: pernah duduk kat middle east, tak pernah pulak kereta we all cair mcm tu walau cuaca panas melampau...hai x agak2 nk viral
ADVERTISEMENT