Polis Melaka sedang mengesan seorang wanita dipercayai terbabit dalam video tular berhubung kematian seekor anak kucing di sebuah kedai makan.
Isnin lalu, tular sebuah video menunjukkan seorang individu menunggang motosikal Modenas Kriss berwarna biru berhenti di hadapan sebuah kedai makan dan dilihat sedang mencari sesuatu di premis berkenaan. Menerusi sebuah posting, individu terbabit didakwa membunuh seekor anak kucing kerana berang gagal mencuri sebuah kereta sewa di hadapan kedai berkenaan. BH Online melaporkan, Asisten Superitendan Afzanizar Ahmad mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada lelaki berusia 34 tahun pada jam 10.30 pagi, semalam, mendakwa dimaklumkan jirannya pada jam 8.30 pagi Sabtu lalu bahawa ada seekor kucing mati di hadapan kedai makannya. Lelaki terbabit mengakui anak kucing berusia kira-kira tiga bulan itu miliknya.
Menerusi semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai makannya, individu dipercayai wanita itu dilihat mengambil seekor anak kucing yang melintas di hadapan kedai pengadu dan membawanya tepi kaki lima kedai berkenaan. Namun, tidak dapat dipastikan apa yang dilakukannya terhadap haiwan malang itu. “Semalam (18 Jun), pengadu dapati kejadian kucing mati tersebut ditularkan dalam Facebook. Siasatan mendapati tiada sebarang saksi yang nampak akan kejadian yang berlaku,” kata Afzanizar. Afzanizar mengesahkan kejadian terbabit dirakam CCTV kedai berkenaan, namun perbuatan suspek memukul kucing itu tidak kelihatan. Tambahnya, identiti suspek masih disiasat dan seksyen kes juga belum diklasifikasi. - CARI
|
grouper replied at 20-6-2019 12:22 PM
Nampak ke x dia pukul kucing tu..
mengesahkan kejadian terbabit dirakam CCTV kedai berkenaan, namun perbuatan suspek memukul kucing itu tidak kelihatan
Bedah.Cun replied at 20-6-2019 07:26 PM
Tgk dr blkg nmpak mcm bangsa kuil
top5complete replied at 20-6-2019 02:49 PM
ni mesti kes suami tak bagi semalam.. tu pasal marah2 sampai datang sawan bunuh binatang
Menerusi sebuah posting, individu terbabit didakwa membunuh seekor anak kucing kerana berang gagal mencuri sebuah kereta sewa di hadapan kedai berkenaan.
ADVERTISEMENT