CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Suspek Warga Rusia Dan Ukraine Didakwa Dalang Tembak Jatuh Pesawat MH17

20-6-2019 11:29 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3639| Komen: 11|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Perbicaraan bermula di Belanda pada Mac 2020.
Nama empak suspek dalam insiden menembak jatuh pesawat MH17 diumumkan oleh JIT di The Hague, Belanda. Kredit foto: CBS News


Tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine dinamakan sebagai suspek-suspek yang mendalangi insiden menembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur lima tahun lalu.

Memetik laporan Deutsche Welle pada 19 Jun, salah seorang suspek ialah Igor Girkin atau Strelkov yang merupakan bekas pegawai berpangkat Kolonel dalam agensi risikan Rusia, FSB.

Girkin kemudian berkhidmat sebagai 'menteri pertahanan' Republik Donetsk yang hanya diiktiraf oleh puak pemberontak Ukraine.

Dua lagi warga Rusia ialah pegawai perkhidmatan risikan pemberontak Ukraine, Sergey Dubinsky dan bekas pegawai tentera Rusia, Oleg Pulatov manakala warga Ukraine terbabit ialah Leonid Kharchenko yang mengetuai satu unit puak pemberontak ketika insiden itu berlaku.


Nama-nama mereka diumumkan oleh Ketua Polis Belanda merangkap wakil Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) insiden MH17, Wilbert Paulissen di The Hague, Belanda pada 19 Jun.


Dengan pengumuman itu, Belanda telah memulakan prosiding jenayah terhadap empat suspek berkenaan dan mereka akan mula dibicarakan atas kesalahan membunuh di negara berkenaan pada Mac 2020.

JIT juga memaklumkan mereka akan mengeluarkan waran tangkap antarabangsa ke atas semua suspek dan terdapat kemungkinan mereka tidak tahu objek yang disasarkan adalah sebuag pesawat penumpang.

"Walaupun itu rancangan asal mereka, kami masih menganggap mereka bertanggungjawab kerana menembak jatuh pesawat MH17," kata mereka.

Kredit foto: AP

Sementara itu, Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berniat untuk mencemarkan nama baik Rusia di peringkat antarabangsa.

Strelkov ketika berkata kepada agensi berita Rusia, Interfax menafikan tuduhan berkenaan dan menegaskan pemberontak tidak menembak jatuh pesawat Boeing terbabit.

Pengumuman JIT itu pastinya memanaskan iklim politik antarabangsa memandangkan Rusia yang merupakan salah satu kuasa besar dunia dijangka akan mempertahankan rakyatnya daripada ditahan untuk dibicarakan di Belanda. - CARI


Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 20-6-2019 11:31 AM
ok..xckup gaduh dgn Trump kita gaduh plak dgn Putin
perfect  

tp better gaduh dgn Putin dari Gaduh dgn Hillary Clinton... mau kne regime change
Quote hussaini4675 20-6-2019 11:46 AM
AbukRokok: ok..xckup gaduh dgn Trump kita gaduh plak dgn Putinperfect  tp better gaduh dgn Putin dari Gaduh dgn Hillary Clinton... mau kne regime change ...


Pendakwaan oleh kerajaan Belanda sebab majoriti yang terkorban rakyat depa
Quote nazzse 20-6-2019 11:56 AM
hussaini4675 replied at 20-6-2019 03:46 AM
Pendakwaan oleh kerajaan Belanda sebab majoriti yang terkorban rakyat depa

so Malaysia sebagai apa?
Quote hussaini4675 20-6-2019 12:04 PM
nazzse: so Malaysia sebagai apa?

Pihak berkepentingan kot
Quote hyie 20-6-2019 12:34 PM
lama betul kes ni ya...370 pon on off
Quote hussaini4675 20-6-2019 12:53 PM
hyie: lama betul kes ni ya...370 pon on off


MH370 agak rumit. Pesawat hilang. MH17 ada bukti. Cuma Rusia tak mau bagi kerjasama.
Quote JohnnyCastle 20-6-2019 01:50 PM
https://www.malaymail.com/news/m ... r-force-navy/643031

MP: Pakatan would find MH370 if given control of air force, navy

Published 5 years ago on 28 March 2014

BY JOSEPH SIPALAN

DAP's Segambut MP Lim Lip Eng claimed March 28, 2014 that Pakatan Rakyat would be able to find the missing Malaysia Airlines flight MH370 if they have control of the air force or navy. — Picture by Saw Siow Feng
DAP's Segambut MP Lim Lip Eng claimed March 28, 2014 that Pakatan Rakyat would be able to find the missing Malaysia Airlines flight MH370 if they have control of the air force or navy. — Picture by Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, March 28 — A Pakatan Rakyat MP today declared that they would be able to find missing Malaysia Airlines flight MH370 if they are put in charge of the country's air force or navy.

DAP's Segambut MP Lim Lip Eng, who was responding to a challenge by former MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, was confident they can better manage the search operation which entered its 21st day.


"It's very simple. Make one of DAP's leaders the commander of the air force or navy, then we will find MH370," he said at a press conference after he and several other DAP leaders lodged a police report against MCA Wanita chief Datuk Heng Seai Kie.

Yesterday, Dr Chua slammed PR for exploiting the MH370 crisis, saying it was "disgusting and dirty politics" to score political points when the Barisan Nasional-led government had done everything in its power to find the Malaysia Airlines-owned Boeing 777-200.


If PR believes that it can better deal with the situation, then it should launch its own search for the plane "which could not be found by 26 countries despite having the most advanced technology", he added.

Lim today denied that PR was milking the crisis for political mileage or stoking Chinese sentiments against the Malaysian government.

He said neither DAP nor PKR had anything to do with inflammatory remarks posted on social media sites that attacked the Malaysian government over its handling of the incident, as claimed in a posting allegedly put up on Heng's Facebook page.

The post, written in Chinese script and posted on Wednesday morning, accused DAP and PKR of stoking anger among Chinese citizens against the Malaysian government and allegedly cursed all DAP and PKR members and their families with death.

"We want the police to arrest Datuk Heng right away, and if she did not make the post, we want the police to arrest the person who posted that comment.

"Whoever makes such a statement should face the music, regardless of whether it is from PR or BN," he said, adding that they will also lodge a report with the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).

MH370 and the 239 people on board disappeared less than an hour after the Beijing-bound flight left Kuala Lumpur International Airport at 12.41am on March 8.

The search now has been narrowed down to a vast area in the southern region of the Indian Ocean, where satellite imagery from several countries sighted numerous objects believed to be related to the missing plane.

Families of the 153 Chinese passengers, however, have blamed the Malaysian government of hiding information related to the search, with some accusing Malaysian authorities of being murderers.
Quote JohnnyCastle 20-6-2019 01:50 PM
Quote hussaini4675 20-6-2019 02:22 PM
JohnnyCastle: &nbsp;&nbsp;<a href="https://media.malaymail.com/uploads/articles/lim-lip-eng1-240813.jpg" target="_blank">https://media.malaymail.com/uploads/articles/lim-lip-eng1-240813.jpg</a>

Mendiang kuat kencing orangnya
Quote system_failure 20-6-2019 09:45 PM
Dari awal lg dah fishy sgt bau hanyir penyiasatan oleh JIT nih..

Awal2 penyiasatan malaysia tak dijemput join..
Ukraine as one of the suspect boleh pulak jd join da club?
Russia xdpt peluang nk join lgsung..
Dan yg paling best msia kena tendang kuar dari JIT beberapa bln lepas..

WTF?!



Igt lg kes 2 jumbo jet berlangar face to face..
Penyiasat belanda mati2 kata bukan mereka yg brsalah..
Sume salah atc.. Padahal terang2 report dari penyiasat spain kata pilot klm yg salah kepala batu..
Putar alam betul..
Quote Ina8895 10-7-2019 02:05 AM
Dah bicara kat mahkamah ke belum?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.039998 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top