CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Allah, Pulangkan Mamajee 1 Minit Je - Fatimah

27-6-2019 10:18 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3852| Komen: 18|Original author: Oleh: natrahn

 
Semua orang akan merasai kehilangan. Kelak, apabila Allah SWT menguji kita dengan kehilangan orang yang paling kita sayang, rasa rindu pada kesayangan yang telah pergi meninggalkan kita di dunia yang fana ini adalah rindu yang tiada penghujungnya. 
 
Sudah genap sebulan Chef Selebriti Adam Idam atau nama sebenarnya Adam Mahamed Ismail, 28 yang juga popular dengan panggilan Adamdidam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru. 

Adam juga sangat popular menerusi Instagram dengan panggilan Mamajee kerana selalu berkongsi menu masakan bersama keluarga instafamous cilik terkenal Fatimah Omar Mukhlis, yang juga anak saudaranya yang tinggal di Birmingham, United Kingdom (UK). 

Fatimah merupakan salah seorang anak saudaranya yang paling rapat dan masih tidak dapat menerima kenyataan Mamajee kesayangannya telah pergi kembali kepada PenciptaNya. 


Menerusi Twitter thefamily.uk, ibu Fatimah memuat naik satu ciapan mengenai Fatimah yang masih merindui Mamajeenya. Menerusi ciapan itu, ibu Fatimah memaklumkan Fatimah hanya mampu pergi ke sekolah selama dua hari sahaja pada minggu lepas kerana mengalami 'gangguan jiwa' berikutan kematian bapa saudaranya itu. 

Neelofa yang berada di Mekah kerana mengerjakan umrah telah menghantar mesej kepada anak-anak kecil ini untuk bertanyakan keadaan mereka.




Fatimah kemudiannya meminta ibunya memesan kepada Auntie Love (Neelofa) supaya menyampaikan pesan pada Allah untuk memulangkan Mamajee kepadanya untuk tempoh satu minit sahaja. 



Semua netizen menitipkan kata-kata semangat dan bersimpati dengan keadaan Fatimah dan turut berasa sedih dengan keadaan beliau.
 

 

Neelofa turut memuat naik ciapan beliau meminta Fatimah mendoakan Mamajee dan bertabah dengan ujian ini.



Semoga Fatimah sentiasa tabah melalui hidupnya tanpa Mamajee. Sabar ya Fatimah. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikB 27-6-2019 10:47 AM
semoga fatimah & family kuat
Quote espritvin 27-6-2019 11:01 AM
sedihnya
Quote Beribear 27-6-2019 11:58 AM
Eiii nak nangis baca
Quote kucingTomey 27-6-2019 11:59 AM
bende paling jauh dri hidup kita adalah 1 saat masa di belakang kita...penuh dgn kenangan ..kita akan merindui seseorang yg tak berpenghujung
Quote ayorsuam 27-6-2019 12:02 PM
Aku yang dah tua bangka ni pun dekat setahun down giler sbbkan kematian. Ni kan pulak budak kecik macam ni. May Allah ease their pain. May they come out of this difficult and challenging times stronger.
Quote Artemesiaa 27-6-2019 12:44 PM
Dia masih kanak2 mesti sebegitu luahan hatinya hanya masa yang dapat membantunya terima kenyataan
Quote skulzzz 27-6-2019 12:50 PM
menangis aku baca thread ni..semoga Allah menguatkan hati anak kecil ini dan digantikan kehilangan ini dgn suatu yang lebih baik..aaminnnn
Quote Fleur81 27-6-2019 01:00 PM
Sedihnya baca ayat fatimah ni
Quote febreze 27-6-2019 02:31 PM
tak habes2 lagi ke kesahhh mamajeee ni??? bosan lahhh!!
Quote natrahn 27-6-2019 03:00 PM
febreze replied at 27-6-2019 02:31 PM
tak habes2 lagi ke kesahhh mamajeee ni??? bosan lahhh!!

belum..selagi depa tak abis sedih lagi ( gurau)
Quote gummiebear 27-6-2019 03:25 PM
Sedihnya. I feel you, Fatimah.

Quote diss69 27-6-2019 04:54 PM
Kehilangan org yg kita syng memang amat berat nk terima....amek masa utk lupakan.. Moga Allah memberi kekuatan pada fatimah n familynya..
Quote Foxey 27-6-2019 08:03 PM
Sedihnyaa baca. Fatimah memang rapat dengan mamajee, so boleh faham macamana sedihnya dia. Semoga Fatimah tabah dalam menghadapi ujian ini.
Quote tzerya 28-6-2019 11:40 AM
Alahai kesian dia. Harap fatimah & family kuat... I tengok pic si fatimah ni pun dah sedih.
Quote DeeHanania 28-6-2019 12:24 PM
Tabah yer Adik Timoh
Quote missinpiece 30-6-2019 08:19 PM
membayangkanya pun dah terasa sebak
Quote ikanmasin 30-6-2019 08:38 PM
alahai kesian nya fatimah..pelan2 lama2 ok lah
amik masa skt sbb bdk lg kan..
Quote haryatie 1-7-2019 09:12 AM
kesiannya..
kehilangan org yg sgt rapat mmg sedih sgt
lg pun baru lagi....perlukan msa

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.049680 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top