CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Cikgu Berendam Dalam Lopak Air, Alasannya Mak Pak Tak Bawa Mandi Kolam

19-6-2019 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9510| Komen: 46|Original author: Oleh: Myra Rozi

Gelagat seorang budak yang mandi di dalam lopak air tular di Facebook.

Kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang itu menyaksikan Putera Muhammad Shafi'e Sak'ma, 7, mandi dalam lopak berdekatan dengan tempat ibunya mengajar di Sekolah Agama Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor.


Foto: FB
“Dia kata saya tidak bawa dia mandi kolam. Jadi dia terjun dalam lopak air itu," kata Rozita Abdul Razak, 39.

“Memang setiap hari, apabila saja pulang dari sekolahnya, pemandu bas akan memberhentikan anak saya di tempat saya mengajar.

“Ada rakan memberitahu saya yang anak saya main air di luar sekolah. Namun, saya tidak sangka yang dia mahu terjun dalam lopak air berikutan hujan sebelum itu."


Foto: FB
Harian Metro melaporkan, kanak-kanak tersebut memang aktif dan suka bermain air.

"Pantang nampak air, dia memang orang pertama yang akan teruja terlebih dahulu. Kalau dekat kampung, air hujan yang turun dari atap rumah dia akan 'mandi' dulu.

“Kami tidak akan halang untuk dia bermain. Bagi kami ia adalah proses terpenting dalam proses pembesaran selagi ia tidak mendatang kemudaratan kepada mereka sendiri.”  -CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • UmbrellaCorps

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • haliamerah


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 19-6-2019 01:04 PM

dik ko dah kenapa dikkkkkkk
gian nak berenang kat pool ke hapa
Quote cmf_premierleag 19-6-2019 01:05 PM
pulak tu news ni masuk dlm internet
sok ko dah besor, bila gi interbiu, HR nak gugel psl ko, tak pasal2 jmpe news nih
Quote PuanAbby 19-6-2019 01:15 PM
Kalau aku pun terpaksa biarlah sebab dah terendam pun. Balik cuci betul2
Quote julia5094 19-6-2019 01:18 PM
Iols biasa je buat benda ni masa sekolah dulu2...kat padang sekolah ha..ha..tapi pastikan lps waktu sekolah la...zaman sekarang dah macam benda pelik pulak...
Quote rain2169 19-6-2019 01:20 PM
tu dia..... dalam lopak air pun jadikkkk.....
Quote cmf_blingblings 19-6-2019 01:24 PM
aku rasa cute sangat....ok sama cerita dgn anak aku, masa umur dia tak sampai 2 tahun aku bawa dia beraya rumah orang kampung kenalan lama mak. Rumah orang kampung ada ayaq acaq, itulah air basuh-basuh pinggan etc kat belakang dapur ke bawah dapur gitulah. Tgh-tgh beraya sedar-sedar anak aku hilang. Pusing satu rumah ayohhhhhh, dia tengah duduk menepok ayaq acaq busuq tu Ya Allah. Jenuhlah basuh bagi mandi...pastu nak balik tak ada baju salin. Redhalah pakai lampin jah cik Gayah...haram tak nangis, happy gila dia...yg nangis mak aku huwahhh huwahh
Quote Sazida 19-6-2019 01:26 PM
baca news ni kt fb smlm terus iols teringat kisah suami iols mase darjah satu tetibe dia sorang berlari kt padang sekolah sambil cikgu kejar kt belakang.. berdekah mase kak ipar i citer tu.. bongok sgt laki aku katanya.
Quote Kurex 19-6-2019 01:35 PM
Best wooo main lopak
Quote brown_pupil 19-6-2019 01:56 PM
Hahah.. kalau anak aku, paling kurang yang aku mampu cakap " suka hati ko lah nak... balik nanti siap ko!"
Quote armin 19-6-2019 02:05 PM
Cikgu belikan anak kiddie pool kat shopee ya. Murah2 je tak sampai rm50 pun ada. Bagi dia berendam dekat rumah puas2
Quote edoraixora 19-6-2019 02:06 PM
abang dia yg baju merah tu, tegur dia soh jangan main air, dgn abang2 nye dikejar sampai masuk dlm air sekali

Quote GJboy 19-6-2019 02:06 PM
steady dik... enjoy zaman kanak-kanak
Quote ikanmasin 19-6-2019 02:35 PM
kelakar adik ni..
Quote vee_zara 19-6-2019 02:37 PM
Lawak la dik.. rasa mak dia slalu gak bwk p pool ni. Kan bulan lepas bulan pose.mmg tak p la pool2 ni.. tu yg terkeluar ayat tu hahaha
Quote inspiro92 19-6-2019 02:45 PM
Terhibur tengok telatah ko dik.takpe enjoy your childhood while it lasts.nanti ko akan rindu zaman ni bila dah besar nanti.peduli ape  kate orang lain!kalau boleh aki pun nak ko dik mai hujan
Quote Artemesiaa 19-6-2019 02:47 PM
Dah minatnya kesitu elok mak pak adik ni rajin2 bawak dia gi pool mana tahu satu hari nanti boleh wakili negara dalam acara renang atau terjun di Olympic
Quote top5complete 19-6-2019 03:05 PM
bodoh punya budak.. kalo anak aku dah aku rembat pakai hanger
Quote mrsT 19-6-2019 03:13 PM
hahaaa... ni baru best... sama lahh  dengan anak2 aku if kat kg kalau lepas hujan gasak korang lahh nak main ker nak aper ke tapi yang bising nenek dia orang lahh... mak pak masing2 buat tak layan..
Quote lee_sakura 19-6-2019 03:15 PM
kreatif budak ni

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.180738 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top