CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 9 Tahun Cedera Kaki, Tangan Dan Kemaluan Diserang Beruk Ketika Pulang Beraya

19-6-2019 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5509| Komen: 21

Description: Kanak-kanak berusia sembilan tahun cedera selepas diserang seekor beruk ketika pulang daripada beraya di rumah jiran.
Kanak-kanak berusia sembilan tahun cedera selepas diserang seekor beruk ketika pulang daripada beraya di rumah jiran.

BH Online melaporkan, kejadian berlaku semalam, di Kampung Teluk Renjuna, Tumpat.



Foto: BH Online

Dalam kejadian jam 6 petang itu, Muhammad Putra Rafiqi Mohd Rozaidi dalam perjalanan pulang ke rumah bersama adik dan dua sepupunya sebelum diserang beruk jantan.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa meminta izin untuk pulang terlebih dulu, manakala ibunya masih berada di rumah jiran terbabit.

Menurut ibunya, Nik Fazilah Mohd Nawi, 37, seekor beruk di atas pokok secara tiba-tiba menerkam anaknya dan menggigit seluruh tubuh kanak-kanak berkenaan.

"Dia hanya mampu menjerit meminta tolong, malah adik dan dua sepupunya tidak mampu berbuat apa-apa kerana tergamam.

“Anak saya terpaksa bergelut sebelum berjaya melepaskan diri,” katanya.


Tambahnya, anaknya dalam keadaan berlumuran darah terpaksa mengengsot ke rumah jiran terbabit untuk meminta pertolongan.

Nik Fazilah hampir pengsan akibat terkejut melihat keadaan anaknya yang berlumuran darah sebelum membawa Rafiqi ke unit kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) menggunakan bot penambang.

“Beruk itu sudah diikat di pokok dan difahamkan pemiliknya tiada di rumah kerana pulang sementara ke negara asalnya di Thailand,” katanya.


Foto: Sinar Online

Menurut doktor, Rafiqi mengalami kesan gigitan pada urat sendi dan lukanya agak dalam. Akibat serangan itu, mangsa cedera di kedua-dua belah tangan dan kaki selain di kemaluan serta perut dan dikatakan akan menjalani pembedahan hari ini. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnnyCastle 18-6-2019 10:54 PM
etis percaya tok nenek moyang depa berasai daripada beruk.....wakakakakakakakakakakkakakaka
Quote Pink_Purple 19-6-2019 12:08 AM
beruk belaan la ni..

tuan xde, lapar la kut..tu serang orang
Quote cap_ayam 19-6-2019 12:47 AM
Cepat sihat ye nak.. kesiannya awak..
Quote epis 19-6-2019 12:57 PM
Siannye huhu.. gws adik..
Quote boyagombak 19-6-2019 01:38 PM
Baso natam bewok
Tuan bewok pun basa bela tapi main tambat ikut dang
Tapi x tahulah baso kut budak2 lalu kut tepi rumah tuan bewok lalu acah2  main, pungga dgn batu lalu bewok pun panas hati ditokaknyalah
Bewok biasanya takkan memgganggu kecuali diprovokasi
Quote mamarock 19-6-2019 01:49 PM
boyagombak replied at 19-6-2019 01:38 PM
Baso natam bewok
Tuan bewok pun basa bela tapi main tambat ikut dang
Tapi x tahulah baso kut budak ...

Gapo namo rima mu kecek lagu ni.. tok pehe wehh

Ok tak.. asah skill kecek kelate..
teringat ore kelate kalu kecek suke benar keluar segala jenis binatang .. kalau boleh dia sebut semua.. kambing rima..
Quote GJboy 19-6-2019 02:07 PM
Semoga cepat pulih dik
Quote lanesra 19-6-2019 03:28 PM
Perhilitan akan rampas beruk serang kanak-kanak di Tumpat

KOTA BHARU, 19 Jun (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan merampas beruk milik seorang penduduk yang menyerang seorang kanak-kanak sehingga parah dalam kejadian di Kampung Teluk Renjuna, Tumpat, semalam.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamad Hanif berkata, tindakan itu adalah langkah permulaan untuk mengetahui sama ada penjagaan haiwan itu berlesen ataupun tidak.

Beliau berkata langkah itu juga bertujuan melihat tingkah laku haiwan berkenaan dan membuat siasatan mengapa hidupan liar itu bertindak sedemikian (kemungkinan agresif disebabkan sakit ataupun sudah berusia).

"Maklumat awal yang diperoleh mendapati beruk itu dipelihara untuk tujuan sara hidup. Namun begitu kami juga akan berjumpa dengan pemilik beruk itu dan syorkan apa-apa yang patut dilakukan selepas ini.

"Biasanya banyak faktor menyebabkan beruk ini menjadi agresif termasuk lapar, sudah berusia, tekanan ataupun diganggu (provokasi)," katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak berkenaan di Wad Anggerik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ady Ermanty Haniff berkata pihaknya juga telah menyerahkan borang Tabung Wang Amanah Serangan Binatang Buas kepada keluarga mangsa.

Katanya Jabatan Perhilitan akan melakukan perjumpaan dengan pihak hospital bagi mendapatkan laporan berkaitan kecederaan mangsa sebelum borang itu diajukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Berkaitan kes seperti ini, pihak jabatan mengesyorkan kepada mana-mana pemilik hidupan liar yang mana mereka mungkin tidak lagi ingin memelihara hidupan liar tersebut, supaya jangan bertindak melepaskannya sendiri ataupun mengurungnya.

"Kita syorkan agar haiwan ini diserahkan kepada jabatan untuk tindakan selanjutnya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya.

Beliau berkata buat masa ini, pindaan mengenai Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) sedang dipinda yang mana akan ada seksyen baharu iaitu pemilik hidupan liar berlesen perlu bertanggungjawab terhadap hidupan liar yang dipelihara agar tidak berada berhampiran dengan kediaman manusia dan sekiranya tidak lagi berminat untuk memelihara, maka perlu diserahkan kepada pihak Jabatan Perhilitan.

Dalam kejadian pukul 6 petang semalam, mangsa, Muhammad Putra Rafiqi Mohd Rozaidi, 9, cedera parah di kedua-dua belah tangan dan kaki, berhampiran kemaluan dan perut akibat diserang beruk di Kampung Teluk Renjuna di Tumpat.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua sepupunya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berhari raya di rumah jiran berdekatan.

-- BERNAMA
Quote puding_caramel 20-6-2019 04:49 PM
mak pak budak ni disyorkan buat aduan serangan binatang buas kt perhilirtan
Quote meya 20-6-2019 05:22 PM
Kesiannya adik ni.

Harap takde kecederaan serius dan cepat cepat kembali sembuh dan ceria semula.  Aamiin.
Quote miznora 20-6-2019 06:08 PM
ala kesiannya kena serang beruk
Quote lasagnaklcc 20-6-2019 06:12 PM
Teringat rafiki lion king.... sama nama dgn awak dik. Pegi hospital naik bot penambang, teringat plak cite p ramlee.
Quote FOTHER-MUCKER 21-6-2019 02:05 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-6-2019 10:14 AM
JohnnyCastle replied at 18-6-2019 06:54 AM
etis percaya tok nenek moyang depa berasai daripada beruk.....wakakakakakakakakakakkakakaka

Pandai lobai gayporn ni! Tapi etis dah transform sepenuhnya menjadi manusia Sebab itu mereka cerdik pandai IQ tinggi! manakala lobai gayporn masih lagi dalam transformasi menjadi manusia sepenuhnya... Sebab itu lobai gayporn masih bodoh dan ber iq rendah seperti beruk!
Quote DARSITA 21-6-2019 02:17 AM

Kesian beruk yang tak bersalah.

Ni mesti budak tu pergi mengusik beruk yang tgh rilex rilex. Jbt perilitan jangan pulak pepandai bunuh beruk ini ya. Sila tunggu tuan beruk balik dulu.

Pengajaran kpd budak budak nakal.
Quote ikanmasin 21-6-2019 08:44 AM
kesiannya bdk tu jd mangsa gara2 beruk tu tgh lapar..
tn kg balik tp beruk dibiarkan kelaparan.menganiaya binatang.
mudah2an bdk tu cpt sembuh..
Quote nononcrux 21-6-2019 09:29 AM
beruk ni kan ganas, baik monyet.. beruk ni nampak perempuan pon kejar
Quote orenmango 21-6-2019 09:34 AM
lasagnaklcc replied at 20-6-2019 06:12 PM
Teringat rafiki lion king.... sama nama dgn awak dik. Pegi hospital naik bot penambang, teringat pla ...

Huhuhu betul. Mmg nama sama
Quote leylapple 21-6-2019 09:55 AM
boyagombak replied at 19-6-2019 01:38 PM
Baso natam bewok
Tuan bewok pun basa bela tapi main tambat ikut dang
Tapi x tahulah baso kut budak ...

kenapa beruk tu blh gigit kemaluan?

iols pun rasa beruk nie di provoke..
Quote Pink_Purple 21-6-2019 10:09 AM
beruk besar..tambah pula diguna utk kerja.panjat kelapa..memang kuat le..monyet pun kita takut

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.053740 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top