CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Insya-Allah, Allah Permudahkan" - Hukuman Farid Kamil Ditangguhkan

19-6-2019 11:58 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 4593| Komen: 18|Original author: Oleh: SakuraJo

Pelakon Farid Kamil dilaporkan mendapat penangguhan dalam pelaksanaan hukuman sembilan bulan yang dikenakan ke atasnya atas tuduhan dadah.

Memetik laporan Harian Metro, Farid, 38 sudah pun menjalani hukuman tersebut di Penjara Kajang selama 35 hari sejak 15 Mei lalu.

"Insya-allah, Allah SWT permudahkan," katanya merujuk kepada hukumannya yang ditangguhkan itu. 

Foto: harian metro

Difahamkan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membenarkan permohonan Farid itu dalam prosiding di Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini.

Hakim turut memerintahkan pelakon itu membayar jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan ke mahkamah sehingga kes selesai.

Farid juga haruslah melaporkan diri di balai polis berhampiran kediamannya sebulan sekali. 


Isterinya, Diana dilaporkan tidak kelihatan di galeri awam, sebaliknya hanya adiknya Fadzil yang hadir dan bertindak sebagai penjamin. - CARI  


Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aemon 19-6-2019 12:48 PM
ok la tu.sempat beraya lagi.
Quote mizZue 19-6-2019 01:25 PM
Camno dpt tangguh eh...alhamdulillahhh...
Quote vee_zara 19-6-2019 02:41 PM
Time ni baru ingat Allah. Apa2 je la farid kmil. Ko ada n tkde pun sama je industri ni.. ko ada lg merosakkan anak muda dgn filem2 ko
Quote YomiuriLandMae 19-6-2019 02:44 PM
sempat lagi buat open house aka kenduri doa selamat..
Quote ainashiqa 19-6-2019 03:36 PM
Mcm mna doa bley tangguh? Kabel besar ke apa
Quote CARI-MAMS 19-6-2019 03:39 PM
pejam celik dah 35 hari dlm lokap..so ada lg 8 bln kan
Quote KekDurian 19-6-2019 03:48 PM
ainashiqa replied at 19-6-2019 03:36 PM
Mcm mna doa bley tangguh? Kabel besar ke apa

Harusla kabel baik punya
Quote namieamuro 19-6-2019 03:50 PM
tgk anak2 die..kesiannye la..moge dgn 35hari dlm penjara tu bg parid betol2 insap..jd la bapak yg bergune pd anak2 yg kcik lg tu..
Quote NazRysha 19-6-2019 03:57 PM
apa ada hal sedangkan bini ceo cradle fund pun boleh keluar sementara kes nak berjalan
Quote keknaih 19-6-2019 04:22 PM
satu ja aku nampak, dd ni stay positive..
Quote CARI-MAMS 19-6-2019 06:04 PM
bagus DD sentiasa positif
Quote cikja 19-6-2019 07:28 PM
keknaih replied at 19-6-2019 04:22 PM
satu ja aku nampak, dd ni stay positive..

Betul..dd ni positif je.. salute
Quote cikkatak 20-6-2019 09:14 AM
Tabahnya dd...
Quote arm_band 20-6-2019 04:57 PM
ainashiqa replied at 19-6-2019 03:36 PM
Mcm mna doa bley tangguh? Kabel besar ke apa

mintak tangguh sebab dia failkan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang jatuhkan hukum tu laaaa
Quote missBlackDahlia 20-6-2019 05:19 PM
boleh tangguh bukan sebab kabel atau apa.. tp permohonan ni boleh dibuat di Mahkamah
memohon utk penangguhan hukuman atau "stay of execution" sehingga selesai rayuan di Mahkamah
Tinggi..

so selepas peguam failkan notis rayuan, pegum boleh la memohon utk tangguhkan hukuman dulu sehingga selesai rayuan dia di mahkamah tinggi nanti... so masa hukuman ditangguhkan tu, jaminan dia masa di mahkamah majistret akan dinaikkan (mcm dlm kes FK ni RM10K & pasport dia ditahan oleh mahkamah) bukan simply2 pakai kabel boleh postpone2 je hukuman.. giteww
Quote missBlackDahlia 20-6-2019 05:21 PM
arm_band replied at 20-6-2019 04:57 PM
mintak tangguh sebab dia failkan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang jatuhkan hukum tu laaaa
...

kannn...exactly....

permohonan/prosiding ni biasa ja.. rakyat marhaen kena hukum pon boleh apply..


Quote cikbun 8-8-2019 12:47 AM
atas tuduhan apa? ketinggalan bas
Quote applecomel 17-8-2019 02:14 PM
Hebat.......

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.602639 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top