CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuba Racun Ibu Bapa Kerana WiFi Dimatikan

19-6-2019 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4676| Komen: 28

Foto: Mirror/ViralPress


Ketagihan melampau terhadap permainan video menyebabkan seorang lelaki tergamak meracun keluarganya selepas mendapati router WiFi dimatikan.

Memetik Mirror, dalam kejadian di Thailand itu, Sak Duanjan, 29, pulang ke rumah dalam keadaan mabuk sebelum bermain permainan video dengan kuat di telefon pintarnya sehingga mengganggu ibu bapanya yang sedang tidur.


Foto: Mirror/ViralPress

Difahamkan, bapa tiri suspek, Chakri Khamruang, 52, yang terjaga dari tidur terus mematikan router WiFi untuk menghentikan lelaki itu daripada terus mengganggu ahli keluarga lain yang sedang tidur.


Tindakannya itu bagaimanapun mencetuskan pertengkaran antara mereka sebelum suspek mengamuk dan mula merosakkan rumah berkenaan.

Chakri dikatakan terpaksa memukul lelaki itu untuk menenangkannya daripada terus bersikap agresif sebelum suspek masuk ke bilik tidurnya. 

Keesokan pagi, ibu suspek, Suban Duanjan, 51, terkejut apabila mendapati air perigi di rumah mereka dicemari dengan racun perosak ketika ingin mengambil air untuk memasak nasi.


Foto: Mirror/ViralPress

Wanita itu terkejut dan mendakwa anaknya sendiri cuba membunuh dia dan suaminya. 

Katanya, dia melihat suspek memasukkan sesuatu ke dalam sebuah bekas sekitar jam 2 pagi. Namun, lelaki itu hanya mendiamkan diri ketika ditanya apa yang sedang dilakukannya sebelum kembali ke dalam biliknya.


Ibu dan bapa tiri suspek
Foto: Mirror/ViralPress

Sak kemudian mengaku cuba meracun keluarganya kerana berang dihalang bermain permainan video.

Menurut ibunya, suspek seorang yang baran dan mereka sudah tidak tahan dengan sikapnya itu memaksa mereka melaporkannya kepada pihak berkuasa. Dia berharap agar pihak berkuasa membawa Sak ke hospital untuk menjalani rawatan kerana bimbangkan keselamatan keluarganya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ainashiqa 19-6-2019 11:34 AM
Nasib baikla sempat perasan. Klu x mati sia2 je
Quote putehkundor 19-6-2019 11:42 AM
mobile legend ke pubg sis? akak haritu rasa nak hempas ja tepon main ml asyik kalah. ujung2 uninstall....aman hidup
Quote Artemesiaa 19-6-2019 11:46 AM
Orang mabuk membunuh pun dia sanggup nasib orang tuanya perasan cubaan nak meracunnya tu
Quote Betara_Indera 19-6-2019 11:47 AM
betul la tindakan tu, submit anak ke hospital atau penjare.. tak membahaye kan seisi keluarge atau jiran
Quote nenekglamer 19-6-2019 11:49 AM
Yg lagi ni teruk if bil internet tu pun parents yg bayar. Anak xguna
Quote missycutie 19-6-2019 11:56 AM
Bagus mak dia.. cepat2 ambil tindakan kat anak. Dah tahu ank something wrong..
Quote Boomibulat 19-6-2019 11:58 AM
Biar mati wife jgn may wifi
Quote Boomibulat 19-6-2019 11:59 AM
Biar mati wife jgn mati wifi
Quote batmana 19-6-2019 12:00 PM
byk game IQ , jana minda dlm playstore tu

game lain sekadar hiburan wat pe?tkde paedahnya..
Quote Simunggu 19-6-2019 12:10 PM
teruk manusia ketagih game ni
Quote matchstick 19-6-2019 12:18 PM
Nmpk mcm org susah aje family ni.. Nk masak pun pakai air perigi. Tp rumah tetap ada wifi
Quote VioletsAre_Blue 19-6-2019 12:50 PM
putehkundor replied at 19-6-2019 11:42 AM
mobile legend ke pubg sis? akak haritu rasa nak hempas ja tepon main ml asyik kalah. ujung2 uninstal ...

Tu belum main soulsborne game lagi sister, confirm rage quit
Quote putehkundor 19-6-2019 01:07 PM
VioletsAre_Blue replied at 19-6-2019 12:50 PM
Tu belum main soulsborne game lagi sister, confirm rage quit

akak skrg dah uninstall segala game dlm phone...kecuali yg santai2 je release stress....malas la nak main game yg menambahkan stress
Quote Foxey 19-6-2019 01:08 PM
Dahla mabuk, addicted to video game lagi. Umur 29 tahun ni sepatutnya video game tu main pada masa lapang je. Bukan sampai ketagih sanggup nak racun orang.
Quote ariean 19-6-2019 01:29 PM
kat mana ni? thailand ka?
Quote Nuyak 19-6-2019 02:04 PM
apa gila da ni...benda boleh bawak bincang kenapa nak bunuh...adehhh
Quote vee_zara 19-6-2019 02:16 PM
Umur 29 tahun masih duduk dgn mak bapak. Memalukan
Quote ikanmasin 19-6-2019 03:58 PM
nsb baik maknya nampak..kalau tak jd pembunuh sia2
sbb benda kecik gitu..
Quote johan-adx 19-6-2019 04:05 PM
kita yg takde kne mengena darah daging tgk muka mak ayah dia pun dh kesian...tp anak sndiri sngup bt cmtuh

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.068817 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top