|
Foto IG: SAJAT Usahawan kosmetik terkenal dan raja kontroversi yang dikenali sebagai Nursajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad berkongsi sebuah foto di hospital akibat mengalami alahan. Dia memuat naik gambar terdampar di atas katil hospital akibat alahan dan gara-gara cerita semalam yang menuduhnya cuba menukar jantina di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) "Naik allergy kita hari ini, disebabkan cerita semalam, adoiii siapa nak jawab ni!
"Satu badan naik merah-merah sampai ketiak pun merah-merah," tulisnya sebagai kapsyen.
Semalam, seorang wanita bernama Yusmiliati Mohamed Yusof mendakwa telah dianiaya oleh usahawan kosmetik tersebut. Menurut Yusmiliati, pihak Nursajat telah melemparkan bermacam tuduhan palsu terhadap dirinya sehingga dia ditangkap polis dan direman untuk soal siasat. Semua itu terjadi apabila dia gagal untuk membantu usahawan itu menukar jantina "lelaki" kepada "perempuan" pada kad pengenalannya menerusi pembantu peribadi Sajat. Yusmiliati juga menggesa Sajat untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam secara terbuka sebelum dia mengambil tindakan saman terhadapnya.- CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|