CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bagaimana Limau Kasturi Boleh Jejaskan Kesihatan Anda?

18-6-2019 05:28 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8449| Komen: 29|Original author: )leh: natrahn


Limau kasturi, buahnya kecil sahaja tapi mengandungi pelbagai khasiat dan mengandungi vitamin C. Ia juga digunakan secara meluas di Asia Tenggara dalam masakan mahupun minuman. 

Namun, bagi penggemar minuman atau makanan yang menggunakan buah berkenaan seperti air limau, sirap limau, teh-O limau, mee rebus, laksa johor dan sebagainya, anda perlu berhati-hati kerana kulit limau kasturi itu mungkin ada debu, bakteria, kulat, atau racun serangga. 

Jika bahan-bahan ini mencemari minuman mahupun makanan anda, ia akan menjejaskan kesihatan. Perkongsian ini telah diciap menerusi Twitter, Dr Kamarul Ariffin atau lebih dikenali sebagai Dr Chaku. 

Selain daripada menulis kisah seram di laman sosial, Dr Kamarul tidak lokek berkongsi ilmu kesihatan dengan netizen.




Dr Kamarul juga meminta netizen memaklumkan kepada pelayan di kedai makan atau restoran supaya mencuci terlebih dahulu limau tersebut sebelum menggunakannya dalam minuman atau masakan.



Sekiranya membuat makanan atau minuman di rumah, aspek kebersihan limau tersebut perlu diberi keutamaan.



Menurut Dr Kamarul lagi, konsep penjagaan kebersihan ini samalah seperti kita mahu kulit telur dibasuh terlebih dahulu sebelum merebus atau memecahkannya. Kita tidak mahu kekotoran pada kulit telur mencemari makanan.



Netizen memberi pelbagai maklum balas mengenai perkongsian tersebut. Ada yang bertanya soalan dan turut memberikan pendapat mereka malah berkongsi cerita mengenai limau kasturi.



Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain. Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan, hepatitis A dan lain-lain lagi. 

Adalah menjadi tanggungjawab kita sendiri bagi memastikan makanan atau minuman yang masuk ke dalam tbuh kita bersih dan selamat untuk menjamin kesihatan berpanjangan. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda sekeluarga. - CARI
6

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • ummuibrisim

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • jsondakh


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 18-6-2019 05:31 PM
Kalau di kedai makan tak akan order miniuman ni sebab kuatir akan tahap kebersihannya.  Sebab selalunya limau kasturi ni dah di potong siap2 dalam kuantiti yang banyak dan disimpan.  Bila dah lama disimpa tahan kesegaraanya pun pasti dah kurang dan tercemar.
Quote sehirkedi 18-6-2019 05:37 PM
Limau kasturi wangi sangat, kalau perah dlm sup atau teh o limau.. Perghh.. Kaw2.. Ingatkan jejaskan kesihatan sebab gastrik ke ape.. Rupenya sebab kebersihan. Lazimnya penjaja cuci dulu kan..
Quote Sandal 18-6-2019 05:42 PM
cheh, ingatkan apa. Rupanya sebab tak basuh je.
Tak payah limau kasturi, buah2 lain pon boleh jejaskan kesihatan kalau tak basuh.
Quote matchstick 18-6-2019 06:28 PM
Benda ni pun nk kena tunggu Dr cakap bahaya baru nk basuh ke
Quote orgsepang 18-6-2019 07:02 PM
Ingatkan sebab apalah. Semua buah pun kena cuci kulit dulu walaupun nak dikupas. Lega akak sebab akak suka makan limau kasturi dengan kulit sekali, walau dari hasil tanam sendiri tetaplah dicuci sebelum dingap
Quote DeeHanania 18-6-2019 08:09 PM
Kalo buat air kat umah
Memang basuh dlu sblm masuk dlm esbok
Tahan lama&suka limau kasturi nie wangi bole makan gan kulit2 yer skali
Quote kuewTiau 18-6-2019 08:30 PM
kesimpulan nya..basuh..haha..tajuk gempak je
Quote ikanmasin 18-6-2019 09:11 PM
bagus gak info dia share ni..kdg2 bukan semua amik kisah kan..
Quote sabundettol 18-6-2019 09:41 PM
Tak minat {:nose
Quote kamil8891 18-6-2019 11:39 PM
aku suka limau kasturi ni
kadang sebiji2 aku kunyah nye hahaha
masam2 manis gichu
Quote salmon-suki 18-6-2019 11:40 PM
Mujur ler kedai laksa y aiolzs pegi tu limau per order..hahahaha..mintak nak limau baru dia potong{:smile
Quote helicornia 19-6-2019 07:39 AM
Artemesiaa: Kalau di kedai makan tak akan order miniuman ni sebab kuatir akan tahap kebersihannya.  Sebab selalunya limau kasturi ni dah di potong siap2 dalam kua ...

ye betul sis.i pun tak kan oder air ada limau sbb memikir tangan org yang perah tu bersih ke idak pastu lkang tak pasal dia celup plak jari dlm air.yuckkks
Quote cikkittydiva 19-6-2019 07:41 AM
Mmg la aku basuh.. basuh dgn glo sekali...cuci bersih2 pastu..{:good
Quote diss69 19-6-2019 10:57 AM
ikanmasin replied at 18-6-2019 09:11 PM
bagus gak info dia share ni..kdg2 bukan semua amik kisah kan..

Betul2..akk bukan peminat limau kasturi tp, ank2 suka masukkan dalam air teh o atau sirap, memang selalu ingtkan deorang basuh dulu...xtau boleh cuci dulu sebelum smpn dlm peti sejuk...lps ni pastikan cuci dulu sebelum smpn..
Quote fushimi 19-6-2019 11:19 AM
aku biasa rendam ngan garam pastu tepung selamat 1 jam

dah basuh bersih baru sumbat dalam peti sejok
Quote PuanAbby 19-6-2019 01:02 PM
Hmmmm...dah la fav sirap limau kalau order di kedai
Quote ikanmasin 19-6-2019 01:22 PM
diss69 replied at 19-6-2019 10:57 AM
Betul2..akk bukan peminat limau kasturi tp, ank2 suka masukkan dalam air teh o atau sirap, memang  ...

kan bagus jg benda2 baik mcm ni di share kat org ramai..
Quote cyber_mania 19-6-2019 02:11 PM
Kesahnya ... Sebab itu kebersihan adalah sebahagian dari Iman .. xbersih, xselamat, xbaik maka Tak sempurna la agama
Quote puanbintang 19-6-2019 03:23 PM
owh gitu...yang penting basuh dulu

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.112390 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top